7 Hari Nak Raya Di TV3

Telefilem 7 Hari Nak Raya kini akan menemui penonton semula pada hujung minggu ini menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Sebuah telefilem komedi yang memaparkan pengalaman lucu gara-gara ingin pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

7 hari nak raya

Sinopsis Telefilem 7 Hari Nak Raya

Telemovie 7 Hari Nak Raya bermula pada 7 hari sebelum raya dimana Maswari sangat gembira bila melihat kereta MyVi yang siap dengan begitu cantik dan sporty untuk pulang beraya nanti. Malangnya kereta Myvi Maswari dicuri menyebabkan Maswari terus pengsan akibat terlalu terkejut.

Mereka juga terpaksa menyewa kereta untuk pulang ke kampung kerana semua tiket bas dan kereta api sudah habis.

Sementara itu, Omar yang gemar menukar imej menjadi jejaka K-Pop telah mencuba mendapatkan rawatan kulit di sebuah pusat kecantikan.

Malangnya, kulitnya mengalami alahan mengakibatkan dia mengalami keradangan kulit sehingga berbintik-bintik dan gatal.

Musibah terhadap empat sekawan ini tiada kesudahan apabila keesokan pagi, Dhani pula terpaksa minta bantuan penyelia bangunan untuk buka paip bagi mengeluarkan cincinnya.

Selepas mencuba, akhirnya Dhani dapat juga cincinnya itu, tetapi Maswari begitu marah kerana Dhani tidak pernah beritahu mengenai hubungan Dhani dengan adiknya, Muni.

Sementara itu, Omar mencuba pelbagai jenis ubat, tetapi semua tidak berhasil malah jadi lebih teruk. Muni berjaya mendapatkan kereta sewa yang juga MyVi dan mereka berempat bertolak ke kampung pada malam itu juga.

Untuk mengelakkan kesesakan jalan, Maswari mencadangkan supaya mereka ikut jalan lama. Malangnya, kedua-dua belah tayar pancit di pertengahan jalan.

Selepas berjam-jam dalam perjalanan, Maswari, Muni dan Omar tiba di kampung halaman mereka. Dhani pula masih belum sampai dan dijangka akan bertolak awal pagi keesokan harinya. Namun, masalah lain pula berlaku kepada mereka.

Barisan Pelakon

Berikut antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Azad Jazmin, Zahiril Adzim, Taiyuddin Bakar, Yana Shamsuddin, Aida Khalida, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azad Jazmin sebagai Masrawi
  • Zahiril Adzim sebagai Dhani
  • Taiyuddin Bakar sebagai Omar
  • Yana Shamsuddin sebagai Muni

Produksi & Pengarah

Telefilem raya yang asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan arahan Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem 7 Hari Nak Raya ulangan pada 6 April 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 6 April 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Leave a Comment