Telefilem Kari Sanjana Di TV3

Saksikan semula telefilem Kari Sanjana yang akan bersiaran pada 18 Oktober 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2016 sempena Deepavali ini merupakan arahan Heykal Hanifah, skrip ditulis oleh Mama Bella dan diterbitkan daripada penerbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 18 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Mama Bella
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nadiya Nisaa, Syafiq Kyle, Amyza Aznan, Jay Iswazir, Kalpana Devi, Ramasundran, Thana Letchumi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nadiya Nisaa sebagai Linda
  • Syafiq Kyle sebagai Farhan
  • Amyza Aznan sebagai Kak Misah
  • Jay Iswazir sebagai Saiful
  • Kalpana Devi sebagai Sanjana
  • Ramasundran sebagai Uncle Kumar
  • Thana Letchumi sebagai Aunty Sonali

Sinopsis Telefilem Kari Sanjana

Telefilem Kari Sanjana mengisahkan tentang Farhan dan Linda yang merupakan pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Mereka berpindah di sebuah rumah sewa. Suatu hari, Linda kempunan kari selepas terhidu bau masakan jiran di sebelah rumahnya.

Menurut Uncle Kumar dan Aunty Sonali, kari resepinya diberi nama Kari Sanjana. Apabila ditanya siapakah Sanjana, mereka seperti masih belum bersedia untuk berkongsi cerita.

Advertisements

Farhan dan Linda ingin mencari siapakah Sanjana yang sangat bermakna buat Aunty Sonali dan Uncle Kumar itu.

Satu hari, ketika Linda sedang sarat mengandung, dia terkejut mendapat berita bahawa Farhan terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Apakah yang akan terjadi dengan Farhan? Dapatkah Linda dan Farhan mencari siapakah Sanjana?