Telefilem Akulah Perempuan Itu Di TV3

Saksikan telefilem Akulah Perempuan Itu yang akan menemui penonton semula pada 31 Oktober 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Tayangan Asal : 2009
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 31 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fasha Sandha, Zul Huzaimi, Zaefrul Nordin, Marissa Yasmin, Fadhilah Mansor dan ramai lagi.

  • Fasha Sandha sebagai Yusrina
  • Zul Huzaimi sebagai Yazid
  • Zaefrul Nordin sebagai Zahir

Sinopsis Telefilem Akulah Perempuan Itu

Telefilem Akulah Perempuan Itu mengisahkan tentang Yusrina yang menyesal berkahwin dengan Yazid, seorang penagih dadah yang kemudian memaksanya menjadi pelacur.

Dalam penderitaan, dia diselamatkan oleh Zahir, pemuda baik hati yang menghidap barah tulang tahap ketiga. Zahir berusaha membawa Rina keluar dari kehidupan gelapnya dan memulihkan semangatnya.

Advertisements

Namun, Yazid muncul semula menuntut isterinya, menyebabkan pergelutan yang mencederakan Zahir.

Walaupun sakit, Zahir tetap ingin menyelamatkan Rina daripada terus menderita. Konflik cinta, pengorbanan dan penerimaan menjadi inti kisah ini yang menguji keikhlasan hati dan kekuatan iman.