Saksikan telefilem Gadis Kampung Paling Popular yang akan menemui penonton pada 1 November 2025, bersiaran semula pada hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.
Telefilem romantik komedi yang asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Nuansa Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eyra Rahman dengan idea asal serta nukilan skrip kedua-duanya daripada Julian Jayaseela.
Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 1 November 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Julian Jayaseela
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Telefilem Gadis Kampung Paling Popular menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Acong Sweetchild, Mak Wan, Aizat Hassan, Daaim Jailani, Firdaus Nadxaman dan ramai lagi.
- Janna Nick sebagai Maya/Lady Wawa
- Azad Jazmin sebagai Azad
- Vicha Saywho sebagai Safidah
- Acong Sweetchild sebagai Uncle Syomie
- Mak Wan sebagai Cik Eton
- Aizat Hassan sebagai Khir
- Daaim Jailani sebagai Ray
- Firdaus Nadxaman sebagai Seman
Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular
Telefilem Gadis Kampung Paling Popular mengisahkan tentang Maya iaitu seorang gadis kampung yang baru berhijrah ke bandar. Dia juga seorang yang pemalu dan bersuara lunak.
Maya bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa.
Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya. Namun, Maya menolak. Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya.
 
			




