Table Of Content
Saksikan telefilem Mimpi Sumi yang akan menemui penonton semula pada 2 November 2025, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di https://www.tonton.com.my/.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 di ntv7 ini merupakan terbitan syarikat produksi Aquila Emas Sdn. Bhd., diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin dengan nukilan skrip daripada Abdul Nasir Abdul Khalil.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 2 November 2025 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Abdul Nasir Abdul Khalil
Pengarah : Rajah Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
Produksi : Aquila Emas Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Telefilem Mimpi Sumi menampilkan barisan pelakon seperti Aryanna Alyssa Dezek, Sazzy Falak, Redza Rosli, Melanie Tan, Zizan Nin, Masli Razali, Amir Abu Bakar, Muhammad Izzad Ikram dan ramai lagi.
- Aryanna Alyssa Dezek sebagai Edya
- Sazzy Falak sebagai Daniella
- Redza Rosli sebagai Asyar
- Melanie Tan sebagai Mira
- Zizan Nin sebagai Haikal

Sinopsis Telefilem Mimpi Sumi
Telefilem Mimpi Sumi mengisahkan tentang keluarga Daniella beserta suami barunya Asyar kelihatan serasi bersama anak isterinya iaitu Eyda.
Tidak lama setelah menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka, bekas suami Daniella, Haikal muncul kembali untuk menuntut hak lawatan terhadap anaknya.
ragedi tiba-tiba melanda apabila pada suatu hari Eyda tergelincir dari tingkap banglo (ketika berseorangan di rumah) dan meninggal dunia. Siasatan menunjukkan bahawa ianya adalah akibat kemalangan.
Daniella bertarung untuk menghadapi situasi kehilangan anak tunggalnya. Tekanan yang diterimanya mengakibatkan dia kemurungan, mula berhalusinasi, mengalami episod-episod ‘blackout’ sehinggalah dia seperti cuba membunuh diri.
Mujurlah Asyar cukup tenang, bersabar dan mencuba pelbagai usaha untuk memberikan kekuatan dan perangsang agar Daniella kembali pulih.
 
			




