Jangan lupa saksikan telefilem Diam-Diam Rindu yang akan ditayangkan semula pada 8 November 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara online di Tonton.
Telefilem adaptasi novel ‘Diam-Diam Rindu’ karya Syahirah Ibrahim ini merupakan arahan Haris Kadir, nukilan skrip daripada Ahmad Saabon dan diterbitkan oleh syarikat produksi Pujangga Kreatif Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 8 November 2025 (Sabtu)
Skrip : Ahmad Saabon
Pengarah : Haris Kadir
Produksi : Pujangga Kreatif Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nad Zainal, Amar Asyraf, Haleeda Mazlin, Rashid Jaafar, Wan Sharmila, Afiq Muiz, Qistina Abdain, Jeff Hassan, Hasimah Md Ali dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Nad Zainal sebagai Nur Iman
- Amar Asyraf sebagai Mirza Imran
- Haleeda Mazlin sebagai Nora
- Rashid Jaafar sebagai Hj. Zainal
- Wan Sharmila sebagai Farah
- Afiq Muiz sebagai Is
- Qistina Abdain sebagai Diana
- Jeff Hassan sebagai Dato’ Ilyas
- Hasimah Md Ali sebagai Datin Aisyah
Sinopsis Telefilem Diam-Diam Rindu
Telefilem Diam-Diam Rindu mengisahkan tentang Nur Iman yang terus dipersalahkan atas kematian adiknya, Maisara, walaupun kejadian tersebut bukan salahnya.
Bagi menuruti kehendak ibunya, Puan Nora, Iman akhirnya bersetuju untuk bertunang dengan Mirza, anak kepada sahabat lama ayahnya.
Namun, Iman menetapkan syarat agar pertunangan mereka dilanjutkan selama lima tahun supaya dia berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Setelah lima tahun berlalu, Iman kembali ke tanah air dengan semangat dan harapan baharu. Namun, pertemuannya semula dengan Mirza menghidupkan semula kenangan lama dan mencetuskan pelbagai konflik, terutama apabila kemunculan seseorang mula mengganggu hubungan mereka.





