Jangan lupa saksikan telefilem Cintaku Tertinggal Di Mostar yang akan bersiaran semula pada 15 November 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan Primeworks Studios, diarahkan oleh Jamal Khan dan nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland.
Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 15 November 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : Sofia J Rhyland
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Primworks Studios Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Cintaku Tertinggal Di Mostar ini seperti Remy Ishak, Siti Saleha, Ezany Nizariff, Sara Ali, Mustafa Kamal, Raja Noorbaizura, Zulkifli Salleh, Nurin Misha dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Remy Ishak sebagai Farid
- Siti Saleha sebagai Zulaikha
- Ezany Nizariff sebagai Luqman
- Sara Ali sebagai Ili
- Mustafa Kamal sebagia Daddy
- Raja Noorbaizura sebagai Mummy
Sinopsis Telefilem Cintaku Tertinggal Di Mostar
Telefilem Cintaku Tertinggal di Mostar mengisahkan tentang kehidupan Zulaika yang berhadapan dengan ujian besar dalam rumah tangganya bersama Luqman. Perkahwinan yang disangka akan membawa kebahagiaan rupa-rupanya tidak seindah harapan.
Setelah sekian lama hidup bersama, mereka masih belum dikurniakan zuriat. Atas desakan ibunya yang mahukan waris untuk meneruskan legasi keluarga berada mereka, Luqman akhirnya akur dan menceraikan Zulaika.
Dalam tempoh edah, Zulaika mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran dengan bercuti ke luar negara ke Mostar, Bosnia and Herzegovina atas galakan rakan baiknya, Farid.
Perjalanan itu sepatutnya ditemani oleh beberapa rakan lain, namun pelbagai halangan menyebabkan dia terpaksa pergi bersendirian. Setibanya di destinasi, Zulaika tersesat dan secara tidak sengaja menghubungi Farid yang kebetulan berada di negara yang sama.
Beberapa hari bersama di sana membuatkan Farid berterus terang tentang perasaannya yang lama terpendam. Dia mengingatkan Zulaika tentang janji lama bahawa jika mereka berdua belum berkahwin menjelang usia 30 tahun, mereka akan bernikah. Zulaika terkejut kerana langsung tidak mengingati janji itu, apatah lagi tidak menyangka Farid benar-benar serius.
Namun, tanpa pengetahuan Zulaika, Farid sebenarnya telah menjalin hubungan dengan seorang wanita bernama Ili. Rahsia itu terbongkar apabila diketahui bahawa cincin yang disimpan oleh Farid bukan untuk Zulaika, tetapi untuk melamar Sara.
Kisah ini membawa penonton menyelami erti ketulusan, kekecewaan dan takdir yang sering hadir dalam bentuk yang tidak dijangka.





