Telefilem Calon Syurga Di TV3

Saksikan telefilem Calon Syurga yang akan menemui penonton semula pada 29 November 2025, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2026 ini merupakan terbitan Rashbir Media Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Rashid Sibir dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama Basri Musa, Nora Sham dan Hajis Sipir

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 29 November 2025 (Sabtu)
Jam : 2.00 Petang
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Rashbir Media Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Shukri Yahaya, Jalil Hamid, Norlia Ghani, Octovia Manrose, Nazrief Nazri, Adam Shahz, Razali Abd Ghanis, Riz Ismail, Asrizal Jais dan ramai lagi.

  • Adam Shahz sebagai Mail
  • Shukri Yahaya sebagai Aliff
  • Jalil Hamid sebagai Pak Abu
  • Norlia Ghani sebagai Mak Tom
  • Octovia Manrose sebagai Dina
  • Nazrief Nazri sebagai Ali
Telefilem Calon Syurga

Sinopsis Telefilem Calon Syurga

Telefilem Calon Syurga mengisahkan tentang Aliff iaitu seorang budak remaja yang degil tidak mahu dengar cakap ibu dan ayahnya. Mak Tom amat sayangkan Aliff dan mengikut saja apa kehendaknya semasa kecil hinggalah dia dewasa.

Advertisements

Aliff kemudian menjadi budak ukur jalan kerana gagal sekolah kerana malas dan berkawan dengan budak budak nakal dan terlibat dalam rempit di kampung itu.

Mak Tom menjual nasi lemak dan Pak Abu pulak hanya seorang nelayan kais pagi makan pagi dan tak dapat memberikan yang terbaik untuk Aliff.

Satu hari Aliff bergaduh dengan ibunya Mak Tom kerana mahukan duit untuk membeli hadiah kepada teman wanitanya Dina, anak orang berada di kampung itu.

Mak Tom jatuh tapi Aliff tak pedulikan hinggalah malam itu tiba tiba Mak Tom sakit dada dan dia diserang angin ahmar.