Telefilem Dalil Cinta Di TV3

Saksikan semula telefilem Dalil Cinta yang akan bersiaran pada 19 Disember 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2010 ini merupakan terbitan Temenggong Pictures Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Hyekal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Nazli Jaafar.

Tayangan Asal : 2010
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 19 Disember 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Nazli Jaafar
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Temenggong Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fahrin Ahmad, Sharifah Amani, Liza Abdullah, Wan Norazlin, Tasha Aziz, Didie Alias, Kaza Saisi, Amar Bahrin, Dilla Ahmad dan ramai lagi.

Advertisements
  • Fahrin Ahmad sebagai Zarif
  • Sharifah Amani sebagai Nisa
  • Liza Abdullah sebagai Idah
  • Wan Norazlin sebagai Noriah
  • Tasha Aziz sebagai Eisyal
  • Kaza Saisi sebagai Rosli
  • Didie Alias sebagai Kak Aida
  • Amar Baharin sebagai Lukman
  • Dilla Ahmad sebagai Kay
  • Black Wings sebagai Mat Rempit

Sinopsis Telefilem Dalil Cinta

Telefilem Dalil Cinta bermula apabila Nisa yang baru tamat belajar dikahwinkan dengan seorang mekanik iaitu Zarif.

Malangnya Nisa masih tidak mahir dengan kerja-kerja di dapur sehingga terpaksa membeli makanan dari luar ketika ibu mertua datang ke rumah.

Sikap Nisa itu menimbulkan rasa tidak senang ibunya menyebabkan dia diserang oleh ibu sendiri ketika berada di rumah. Nisa bagaimanapun berjanji untuk mengubah sikapnya dan menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab.