Drama Suri Hati Mr Parlimen Di MYTV Mana-Mana

Saksikan drama terbaru Suri Hati Mr Parlimen yang akan menemui penonton mulai 28 Januari 2026, setiap Rabu dan Khamis, jam 12.00 tengah hari secara eksklusif di platform penstriman MYTV Mana-mana.

Drama 30 episod ini anda boleh strim secara online menerusi pautan laman web di https://www.mana2.my/ atau menggunakan aplikasi mobile. Tontonan percuma sehingga episod 6 dan seterusnya anda perlu langgan.

Episod : 30
Tayangan : MYTV Original di MYTV Mana-Mana
Tarikh : Mulai 28 Januari 2026 (Rabu & Khamis)
Penulis Skrip : Hamieda Sudin
Pengarah : Waan Hafiz
Produksi : Jubliance Sdn. Bhd.

Drama Suri Hati Mr Parlimen

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Hariz Hamdan, Nurel Baharin, Raden Zaharatul, Luqman Hafidz, Syed Aiman dan ramai lagi.

Advertisements
  • Hariz Hamdan sebagai YB Syed Fakhri
  • Nurel Baharin sebagai Zulaikha
  • Raden Zaharatul sebagai Puteri Sofea
  • Luqman Hafidz sebagai Rashdan
  • Syed Aiman sebagai Dato’ Syed Jalal

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Parlimen

Drama Suri Hati Mr Parlimen mengisahkan tentang seorang Ahli Parlimen yang terperangkap dalam dilema besar antara tuntutan tugas dan perasaan cintanya.

Dalam perjalanan hidupnya, dia berdepan konflik yang memaksa dirinya memilih antara tanggungjawab terhadap amanah yang digalas dan keikhlasan hati.

Drama ini menyingkap persoalan tentang harga sebuah pengorbanan apabila kuasa, prinsip dan perasaan saling bercanggah.