Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Datin Glam yang akan bersiaran semula pada 31 Januari 2026, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Rashid Sibir, nukilan skrip daripada panel skrip Rashid Sibir sendiri dan diterbitkan oleh produksi Rashbir Media Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 31 Januari 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Panel Skrip Rashbir Media
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Rashbir Media Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani, Ku Fridah, Datuk Chef Wan, Faez Nick, Najwa Jaafar, Mathni Razak dan ramai lagi.
- Ziana Zain sebagai Datin Ramona
- Norman Hakim sebagai Datuk Kamal
- Rita Rudaini sebagai Datin Zura
- Amyza Aznan sebagai Datin Ros
- Norlia Ghani sebagai Mak Som

Sinopsis Telefilem Datin Glam
Telefilem Datin Glam mengisahkan tentang Nona yang ke Kuala Lumpur untuk menjaga sepupunya, Datin Ros yang sedang sakit tenat.
Datin Ros berhajat untuk suaminya Datuk Kamal mengahwini Nona sekiranya dia tidak ada lagi. Tidak lama selepas itu, Datin Ros meninggal dunia.
Walaupun berat hati untuk berkahwin lagi sebab terlalu sayangkan arwah isteri, Datuk Kamal akhirnya menunaikan juga amanat arwah isteri untuk berkahwin dengan Nona. Sejak itu, Nona belajar mengubah penampilannya menjadi seorang ‘Datin’.
Namun, hubungan Nona dan Datuk Kamal telah dicemburui oleh Datin Zura yang mempunyai perasaan terhadap Datuk Kamal dan merencanakan pelbagai masalah untuk mengganggu rumah tangga mereka.





