Drama Keluarga Iskandar 3 Di Astro Ria

Saksikan musim ketiga drama sitkom Keluarga Iskandar yang akan mula ditayangkan pada 6 Februari 2026, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

Drama 24 episod ini merupakan arahan bersama Wan Hasliza dan Wan Alauddin Wan Zainuddin serta diterbitkan oleh syarikat produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd.

Episod : 24
Tayangan : Astro Ria & Sooka
Tarikh : Mulai 6 Februari 2026 (Jumaat – Ahad)
Masa : 9.00 PM
Penulis Skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin & Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi : KL Motion Pictures Sdn. Bhd.

Drama Keluarga Iskandar 3

Barisan Pelakon & Watak

Masih mengekalkan barisan pelakon sama seperti musim pertama dan kedua. Antara yang terlibat seperti Kismah Johar, Hilal Azman, Sobri Anuar, Zain Hamid, Susan Lankester, Azhar Sulaiman dan Anita Baharom.

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada pelakon seperti izz Ilham, Khayrisah Kemal, Dhiai Iskandar, Syifa Dhia, Raja Ema, Baizura Kahar, Nabil Aqil, Sufi Imani, Rania dan ramai lagi.

Advertisements
  • Kismah Johar sebagai Mak Jah
  • Hilal Azman sebagai Aziz Iskandar (Abang Long)
  • Sobri Anuar sebagai Azman Iskandar (Abang Ngah)
  • Zain Hamid sebagai Azlan Iskandar (Ayah Chik)
  • Susan Lankester sebagai Kamariah Abdullah (Kak Ngah)
  • Azhar Sulaiman sebagai Kamarul Ishak (Abang Teh)
  • Anita Baharom sebagai Kak Teh
Pelakon Drama Keluarga Iskandar 3

Sinopsis Drama Keluarga Iskandar 3

Drama Keluarga Iskandar kembali untuk musim ketiga 3 selepas lebih sedekad, membawa bersama pelbagai konflik baharu dan telatah menghiburkan yang menceriakan suasana dalam keluarga Mak Jah.

Musim ini menjadi semakin gamat dengan kemunculan Muszaffar, anak kepada Uda, yang mencetuskan lebih banyak kekalutan dalam kehidupan Keluarga Iskandar.

Sumber : kongsilah.my