Drama Namamu Cinta Di Tonton

Jangan lupa saksikan drama terbaru Namamu Cinta yang akan mula ditayangkan pada 14 Februari 2026, bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad secara eksklusif di platform penstriman Tonton.

Drama Tonton Original ini merupakan arahan Khairul Anwar, nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama Baizura Kahar dan diterbitkan oleh produksi Red Communications.

BACA JUGA : Saksikan Drama Di Sebalik Jubah Di Tonton

Episod : 10
Tayangan : Tonton
Tarikh : Mulai 14 Februari 2026 (Sabtu & Ahad)
Penulis Skrip : Anwar Hadi & Baizura Kahar
Pengarah : Khairi Anwar
Produksi : Red Communications

Namamu Cinta Tonton

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Namamu Cinta ini seperti Jazmy Juma, Zara Zya, Syad Mutalib, Shahz Jaszle, Sobri Anuar, Nor Albaniah Rafie, Anita Permata Sari dan ramai lagi.

  • Jazmy Juma sebagai Aslan
  • Zara Zya sebagai Nuna
  • Syad Mutalib sebagai Anis
  • Shahz Jaszle sebagai Hisham
  • Sobri Anuar sebagai Ibrahim
  • Nor Albaniah Rafie sebagai Asyikin
  • Anita Permata Sari sebagai Sofia

Sinopsis Drama Namamu Cinta

Drama Namamu Cinta mengisahkan tentang Nuna, seorang ahli perniagaan dalam bidang fesyen yang cukup berjaya dan terkenal dengan sikap tegas serta semangat daya saing yang tinggi.

Dalam hidupnya, segala-galanya perlu sempurna dan dia sentiasa mahu menjadi yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan.

Namun, di sebalik kejayaan tersebut, tekanan demi tekanan mula menghimpit sehingga rumah tangganya bersama Hisham, seorang pelakon terkenal, berakhir dengan perceraian. Perpisahan itu benar-benar meruntuhkan dunia yang selama ini dibina dengan penuh usaha dan pengorbanan.

Bagi merawat hati yang terluka dan mencari ketenangan, Nuna membuat keputusan untuk membawa diri pulang ke Kampung Bagan Lalang dan tinggal sementara bersama bapanya.

Suasana kampung yang damai sedikit sebanyak memberi ruang untuknya bernafas dan menilai semula kehidupan. Di situlah dia dipertemukan dengan Aslan, seorang anak muda berbakat dalam seni batik yang memilih untuk menjalani kehidupan sederhana. Bagi Aslan, batik bukan sekadar sumber rezeki, tetapi lambang jiwa serta prinsip hidupnya.

Advertisements
Pelakon Namamu Cinta Tonton

Pertemuan dua insan dengan latar belakang dan cara hidup yang sangat berbeza itu mencetuskan pelbagai situasi menarik. Nuna yang terbiasa dengan dunia penuh persaingan dan jadual padat terpaksa menyesuaikan diri dengan gaya hidup Aslan yang lebih santai dan menghargai proses.

Perbezaan ini sering mengundang salah faham, namun dalam masa yang sama mencipta detik-detik lucu dan manis yang perlahan-lahan mengikat hati mereka.

Namun, hubungan yang mula terjalin itu tidak berjalan mudah. Anis, sahabat baik yang selama ini menyimpan perasaan terhadap Aslan, mula berasa terancam dengan kehadiran Nuna. Rasa cemburu dan tidak puas hati semakin memuncak apabila melihat keakraban mereka.

Dalam keadaan yang sudah sedia rumit, Hisham pula muncul kembali dengan niat untuk memujuk dan menagih simpati, seolah-olah mahu mengisi semula ruang dalam hidup bekas isterinya.

Kehadiran Hisham memaksa Nuna berdepan dengan pilihan yang sukar. Dia terperangkap antara kenangan silam yang masih berbekas dan peluang untuk membina kehidupan yang lebih tenang bersama seseorang yang memahami dirinya dari sudut berbeza.

Dilema itu menjadi titik penting dalam perjalanan emosi Nuna, sama ada untuk kembali ke masa lalu atau melangkah ke hadapan demi kebahagiaan yang lebih tulus.