Telefilem Kasihnya Angah Di TV3 (Cerekarama)

Saksikan telefilem Kasihnya Angah yang akan disiarkan semula pada 21 Februari 2026, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2024 ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada Pouvin bersama Tommy Loh dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 21 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Pouvin & Tommy Loh
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam telefilem Kasihnya Angah seperti Siti Elizad Sharifuddin, Syazwan Zulkifly, Sahronizam Noor, Kuna Muzani, Iman Zulkarnain, Lan Zailan, Annie Mosha, Jay Iswazir dan ramai lagi.

  • Siti Elizad Sharifuddin sebagai Shida
  • Syazwan Zulkifly sebagai Angah

Sinopsis Drama Kasihnya Angah

Drama Kasihnya Angah mengisahkan tentang seorang wanita bernama Shida yang digambarkan sebagai seorang yang solehah, patuh dan terlalu banyak berkorban demi keluarganya.

Advertisements

Shida percaya setiap pengorbanan dan kesabaran yang dilaluinya akan menjadi bekalan untuk meraih ganjaran syurga. Dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran, dia tetap reda walaupun sering berdepan dengan ketidakadilan serta layanan yang tidak sepatutnya daripada orang sekeliling.

Kesusahan hidup Shida berpunca daripada sikap ibu bapanya sendiri, malah suaminya turut menyumbang kepada penderitaan yang ditanggung. Walaupun hatinya sering terluka, dia memilih untuk diam dan terus bersabar kerana menganggap semua ujian itu sebagai takdir yang perlu diterima dengan hati terbuka.

Dalam dunia yang seolah-olah tidak pernah memihak kepadanya, Shida hanya menemukan kasih sayang yang tulus daripada adik lelakinya, Angah. Angah yang merupakan seorang orang kurang upaya sentiasa memahami dan menyokong kakaknya tanpa syarat.

Kasih sayang Angah menjadi satu-satunya sumber kekuatan buat Shida untuk terus bertahan menghadapi liku-liku kehidupan yang getir.