Table Of Content
Saksikan filem Amira Amir yang akan mula temui penonton pada 26 Februari 2026 secara esklusif menerusi tayangan di Astro First.
Menggunakan tagline “Setiap Rahsia Ada Harganya”, filem ini tampil dengan pendekatan yang lebih mendalam dan berani.
Ia tidak sekadar mengetengahkan kisah drama semata-mata, sebaliknya membawa penonton menyelami persoalan tentang identiti diri, kejujuran dalam kehidupan serta bagaimana masyarakat melihat dan menerima individu yang dianggap berbeza daripada kebiasaan.
Tayangan : Astro First
Tarikh : 26 Februari 2026
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Zuli Ismail, Ctna Marzuki
Pengarah : Reen Emran
Produksi : Playwright Pictures Sdn. Bhd.

OST Filem
Tajuk : Hati Yang Tak Terbalas
Penyanyi : Hati Yang Tak Terbalas
Komposer : Eeenaz Mokhtar & Marsha Milan
Penulis Lirik : Eenaz Mokhtar, Marshamilan, Reen Emran
Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Amira Amir dengan genre drama ini seperti Zahiril Adzim, Sophia Albarakbah, Fezrul Khan, Kartina Aziz, Zarynn Min, Qaid Aqwa dan ramai lagi.
- Zahiril Adzim sebagai
- Sophia Albarakbah
- Fezrul Khan sebagai Zaem
Sinopsis Filem Amira Amir
Amira Amir memaparkan kisah kehidupan Ziyad, seorang lelaki yang terpikat dengan Amira sejak pertama kali bertemu. Perasaan yang hadir dengan cepat itu akhirnya membawa mereka ke fasa yang lebih serius apabila Ziyad membuat keputusan untuk memperisterikan Amira.
Pada awal perkahwinan, hubungan mereka kelihatan harmoni dan dipenuhi kepercayaan antara satu sama lain. Kedua-duanya berharap dapat membina kehidupan yang bahagia serta masa depan yang indah bersama.

Namun, kebahagiaan tersebut tidak berpanjangan apabila satu rahsia besar berkaitan identiti Amira akhirnya terbongkar. Pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan Ziyad, malah memberi kesan besar terhadap rumah tangga yang baru mereka bina.
Situasi tersebut turut menguji pegangan dan pandangan Ziyad tentang erti cinta sebenar serta bagaimana dia melihat institusi perkahwinan yang selama ini dianggap suci dan penuh makna.





