Table Of Content
Sempena Aidilfitri, TV3 bawakan kembali telefilem Baju Raya Yaya yang akan menemui penonton semula pada 20 Mac 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang. Selain itu, boleh juga strim di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip hasil kerjasama antara PGRs Team, Lee Chonz dan Mahbob.
Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 20 Mac 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : PGRs Team, Lee Chonz, Mahbob
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fasha Sandha, Amyra Rosli, Fizz Fairus, Azlee Khairi, Syatilla Melvin, Zul Ariffin, Raja Ema, Mohd Ridzuan dan ramai lagi.
- Fasha Sandha sebagai Yaya
- Amyra Rosli sebagai Mimi
- Fizz Fairus sebagai Omar
- Azlee Khairi sebagai Izzue
- Syatilla Melvin sebagai Wawa
- Zul Ariffin sebagai Maarof
- Raja Ema sebagai Maksu
Sinopsis Telefilem Baju Raya Yaya
Telefilem Baju Raya Yaya mengisahkan tentang seorang wanita bernama Yaya yang berpegang teguh pada prinsip hidupnya, serta hubungannya dengan adiknya, Mimi.
Mimi yang sudah mempunyai teman lelaki berasa bimbang untuk berterus terang kepada kakaknya mengenai perkara tersebut.
Oleh sebab itu, teman lelaki Mimi mengambil keputusan untuk cuba mendekati dan menawan hati Yaya terlebih dahulu sebelum hubungan mereka diketahui.





