Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Rumi Disebalik Jendela yang akan menemui penonton semula pada 20 September 2026, hari Ahad, jam 9.00 menerusi slot Cereka Ahad di saluran TV3 dan secara online di Tonton.
Telefilem khas sempena Aidilfitri yang pernah ditayangkan pada awal tahun ini merupakan terbitan produksi Ariz Capital Productions, diarahkan oleh Noorsyahida Mohd Radzali dengan nukilan skrip daripada K. Adlie.
Tayangan Asal : Telefilem Khas Aidilfitri
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 20 September 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : K. Adlie
Pengarah : Noorsyahida Mohd Radzali (Sis Syahida)
Produksi : Ariz Capital Productions

Pelakon & Watak
Antara nama-nama pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Amar Baharin, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min dan ramai lagi.
- Erysha Emyra sebagai Sarah Amira
- MK K-Clique sebagai Rumi
- Amar Bahrin sebagai Zafran
Sinopsis Telefilem Rumi Disebalik Jendela
Telefilem Rumi Disebalik Jendela mengisahkan tentang Rumi, seorang pereka kaligrafi yang bercita-cita tinggi, namun hidupnya berubah selepas kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh dan hilang kerjayanya.
Sahabatnya Zafran membawa Rumi menjalani pemulihan di pusat fisioterapi miliknya. Di situ, Rumi dibimbing oleh Mira, tunang kepada Zafran tanpa pengetahuannya.
Hubungan mereka yang pada awalnya tegang bertukar rapat, hingga timbul perasaan cinta. Namun segalanya menjadi rumit apabila Rumi mengetahui status sebenar Mira.
Sumber : semuanyadrama.com





