Telefilem Flat Simpang Satu Di Unifi TV

Saksikan telemovie Flat Simpang Satu yang akan menemui penonton pada 21 Mac 2026, hari Sabtu, jam 9.00 malam serta ulangan pada 28 Mac seterusnya menerusi saluran Degup (CH 12) di Unifi TV.

Supertelemovie unifi tv original dengan genre seram ini merupakan terbitan Dream At Work Sdn. Bhd., diarahkan oleh Datuk M. Razlan Ismail dengan hasil nukilan bersama Muzzamer Rahman dan Muhsi Ramli

Bersiaran : Saluran Degup 120
Tarikh : 21 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Muzzamer Rahman, Muhsin Ramli
Pengarah : Datuk M. Razlan Ismail
Produksi : Dream At Work Sdn. Bhd.

Flat Simpang Satu

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Datuk Aaron Aziz, Aiman Hakim Ridza, Nadya Nissa, Fahrin Ahmad, Kilafairy, Siti Elizad, Raja Azrey, Hawra Jamalullail, Shafie Naswip, Rahim Jailani dan ramai lagi

Advertisements
  • Datuk Aaron Aziz sebagai Samad
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Farouk
  • Nadya Nissa sebagai Sari
  • Fahrin Ahmad sebagai Hadi
  • Kilafairy sebagai Nor
  • Siti Elizad sebagai Mariam
  • Raja Azrey sebagai Wahad

Sinopsis Telefilem Flat Simpang Satu

Telemovie Flat Simpang Satu membawa penonton menyelami kehidupan tiga individu yang menetap di sebuah flat kos rendah.

Masing-masing mempunyai latar belakang dan tekanan hidup tersendiri. Namun suasana berubah drastik apabila mereka pulang ke rumah dan mendapati keseluruhan kawasan flat tersebut kosong dan sunyi tanpa penghuni lain.

Pelakon Telefilem Flat Simpang Satu

Keadaan semakin meresahkan apabila mereka mula diganggu oleh satu lembaga misteri yang sentiasa mengekori dan mengacau, membuatkan ketiga-tiga watak itu terperangkap tanpa jalan keluar.