Table Of Content
Saksikan telefilem Terpadamnya Pelita Syawal yang akan menemui penonton semula pada 21 Mac 2026, hari Sabtu, pukul 11.30 pagi menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem istimewa sempena Aidilfitri yang pernah ditayangkan pada tahun 2025 ini diterbitkan oleh Ariz Capital Sdn. Bhd., diarahkan oleh Noorsyahida Mohd Radzali serta menampilkan skrip hasil karya K. Adlie.
Tayangan Asal : 2025
Bersiaran : TV3
Tarikh : 21 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 11.30 Pagi
Penulis Skrip : K. Adlie
Pengarah : Noorsyahida Mohd Radzali
Produksi : Ariz Capital Sdn. Bhd
Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang membintangi telefilem ini seperti Zamarul Hisham, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Erysha Emyra, Lan Siro, Nick Naim Radzali, Kuhairi Mizan dan ramai lagi.
- Zamarul Hisham sebagai Hassan
- Fasha Sandha sebagai Aisyah
- Fauzi Nawawi sebagai Mukhsin
- Erysha Emyra sebagai Ina
- Lan Siro sebagai Pak Nan

Sinopsis Telefilem Terpadamnya Pelita Syawal
Telefilem Terpadamnya Pelita Syawal mengisahkan tentang seorang abang, Pak Long, yang terpaksa membuat keputusan sukar demi membantu adiknya, Pak Ngah.
Dengan hati yang berat namun didorong oleh rasa tanggungjawab dan kasih sayang, Pak Long sanggup berkahwin dengan bekas isteri Pak Ngah, Mak Ngah, selepas talak tiga berlaku tanpa disengajakan.
Namun, pengorbanan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh semua pihak. Keputusan itu mencetuskan konflik dalam keluarga, menimbulkan salah faham serta tekanan emosi yang mendalam.
Dalam menghadapi pelbagai cabaran ini, hubungan kekeluargaan diuji, sekaligus memperlihatkan makna sebenar kesetiaan, pengorbanan dan nilai kasih sayang dalam sebuah keluarga.





