Doa Sang Pendosa Di Astro Prima (Telefilem Khas Aidilfitri)

Telefilem Doa Sang Pendosa bakal disiarkan untuk tontonan umum pada hari Ahad, 22 Mac 2026, tepat jam 3.00 petang melalui saluran Astro Prima (105). Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikannya secara dalam talian menerusi platform Sooka.

BACA JUGA : Tayangan Mentua Pujaan Di Astro Prima Pada Raya Pertama

Telefilem khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Red Bean Productions, diarahkan oleh Issey Fazliasham dengan hasil nukilan skrip daripada Siti Jasmina.

Tayangan : Astro Prima 105
Tarikh : 22 Mac 2026 (Ahad)
Masa : 3.00 Petang
Penulis Skrip : Siti Jasmina
Pengarah : Issey Fazliasham
Produksi : Red Bean Productions

Doa Sang Pendosa

Barisan Pelakon & Watak

Telefilem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Kween Keela serta beberapa lagi nama yang tidak kurang berbakat.

  • Datuk Fauziah Nawi sebagai Maria
  • Fatimah Abu Bakar sebagai June
  • Farah Ahmad sebagai Zaiton
  • Nadia Aqilah sebagai Rina

Sinopsis Telefilem Doa Sang Pendosa

Doa Sang Pendosa mengangkat kisah perjalanan hidup tiga wanita iaitu June, Maria dan Rina yang sedang menjalani proses pemulihan di PUSPEN, di bawah seliaan seorang warden bernama Zaiton.

Advertisements
Telefilem Doa Sang Pendosa

Kehidupan mereka bukan sekadar terikat dengan disiplin pusat tersebut, malah masing-masing terpaksa berdepan luka silam, perasaan rendah diri, kegusaran terhadap masa hadapan serta kerinduan terhadap kehidupan lama yang telah ditinggalkan.

Penceritaan yang berlatarbelakangkan suasana menjelang Aidilfitri menambah lagi kekuatan emosi dalam naskhah ini.

Jika kebiasaannya hari raya dikaitkan dengan kegembiraan, kepulangan dan kemaafan, situasi yang dilalui oleh mereka pula sarat dengan kesedihan, rasa bersalah serta tanda tanya sama ada mereka masih layak untuk diraikan, diterima semula atau disambut dengan kasih sayang oleh insan tersayang.

Rentetan konflik yang berlaku sedikit demi sedikit menguji ikatan persahabatan antara mereka hingga menjadi semakin goyah. Pada masa yang sama, setiap daripada mereka turut bergelut dengan konflik dalaman yang tidak kurang beratnya.