Telefilem Huru-Hara Mentua Raya Di TV1

Jangan lupa saksikan telefilem Huru-Hara Mentua Raya yang akan disiarkan pada Raya Kedua, 22 Mac 2026, hari Ahad, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV Okey dan secara online di RTM Klik.

BACA JUGA : Sinopsis Telefilem Lemang Emak Rendang Ibu Di TV Okey

Telefilem yang dibawakan istimewa sempena Aidilfitri ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip bersama daripada Pouvin Sandera dan Tommy Loh dan diterbitkan oleh Intisari Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan : TV Okey
Tarikh : 22 Mac 2026 (Ahad)
Masa : 9.30 Malam
Penulis Skrip : Pouvin Sandera dan Tommy Loh
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Intisari Pictures Sdn. Bhd.

Huru-Hara Mentua Raya

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Isyariana, Kamal Adli, Fazlina Ahmad Daud, Hafidzuddin Fazil, Hannah Sophea, Mohamod Zawawi Zakaria dan ramai lagi.

Advertisements
  • Isyariana sebagai Emma
  • Kamal Adli sebagai Zafran
  • Hanna Sophea sebagai Mimi
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Atok
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Nenek

Sinopsis Telefilem Huru-Hara Mentua Raya

Telefilem Huru-Hara Mentua Raya mengisahkan tentang kehidupan Emma, seorang doktor yang menjalani rumah tangga bahagia bersama Zafran walaupun mereka datang daripada latar pendidikan yang berbeza.

Namun, suasana ceria Aidilfitri bertukar kecoh apabila ibu bapa mereka hadir secara tiba-tiba, sekali gus mencetuskan pelbagai ketegangan.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila satu rahsia lama terbongkar, lalu menguji kekuatan hubungan mereka dalam sebuah kisah komedi ringan yang diinspirasikan daripada cerita benar.