Table Of Content
Saksikan telefilem Relung Rindu yang akan bersiaran pada 22 Mac 2026, hari Ahad, pada jam 10.00 malam menerusi saluran TV3. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi World Evolution Brain Sdn. Bhd., dengan arahan daripada Dato’ Jurey Latiff Rosli, manakala skripnya dihasilkan oleh Noy Ibrahim.
Tayangan : TV3
Tarikh : 22 Mac 2026 (Ahad) – Raya ke-2
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Noy Ibrahim
Pengarah : Dato’ Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain (M) Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak
Antara barisan pelakon yang menjayakan telefilem ini termasuk Qi Razali, Nabila Huda, Mikael Noah, Ashraf Muslim, Rosnah Johari, Mubarak Majid, Zalfa Zin serta beberapa pelakon lain.
- Qi Razali sebagai Naim
- Nabila Huda sebagai Sara
- Mikael Noah sebagai Alif
Sinopsis Telefilem Relung Rindu
Telefilem Relung Rindu mengisahkan tentang sebuah keluarga yang dahulunya hidup bahagia, namun musnah sedikit demi sedikit akibat belenggu ketagihan dadah.
Hubungan suami isteri akhirnya berantakan, manakala kasih antara seorang ayah dan anak terputus di pertengahan jalan, meninggalkan kesan luka yang mendalam dan sukar dipulihkan.
Naim terus dihantui bayangan silam yang kelam serta penyesalan yang hadir terlalu lewat. Dalam masa yang sama, Sara terpaksa membuat keputusan yang perit demi menjaga masa depan anak mereka.
Di sebalik rasa rindu yang terpendam dan harapan yang masih bersisa, kedua-duanya berjuang untuk memahami erti kemaafan, menerima ketentuan dan mencari peluang untuk memulakan semula kehidupan.





