Table Of Content
Telefilem Travelling Beruang bakal menemui penonton sekali lagi menerusi siaran ulangan pada Jumaat, 5 Jun 2026, jam 1.00 tengah hari dalam slot Wayang di TV3.
Selain menontonnya di televisyen, orang ramai juga boleh mengikuti tayangan ini secara penstriman melalui platform Tonton di https://www.tonton.com.my/.
Telefilem yang mula disiarkan pada tahun 2015 ini diterbitkan oleh Balang Rimbun. Ia diarahkan secara bersama oleh Syahid Johan dan Jay Jalam, manakala skrip telefilem tersebut ditulis oleh Ida Johan.
Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 24 Julai 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Idea Asal : Shazreen Zulkofli
Penulis Skrip : Ida Johan
Pengarah : Syahid Johan & Jay Jamal
Produksi : Balang Rimbun
Pelakon & Watak
Telefilem ini menampilkan gandingan ramai pelakon hebat seperti Ungku Ismail Aziz, Yuyun Yuzlin, Zulhuzaimy Marzuki, Yana Samsuddin, Siti Elizad, Zara Zya, Azizul Ammar dan Baby Sophea.
- Ungku Ismail Aziz sebagai Adit
- Yuyun Yuzlin sebagai Aishah
- Zulhuzaimy Marzuki sebagai Zamani
- Yana Samsuddin sebagai Suri
- Siti Elizad sebagai Kat
- Zara Zya sebagai Lisa
- Azizul Ammar sebagai Chot
- Baby Sophea sebagai Yana
Sinopsis Telefilem Travelling Beruang
Telefilem Travelling Beruang mengisahkan tentang Adit yang melalui perubahan besar dalam hidup selepas kehilangan anaknya akibat penyakit kanser. Sejak tragedi itu, kehidupannya menjadi suram dan dipenuhi rasa kehilangan yang sukar dilupakan.
Dalam keadaan tersebut, Adit bertemu semula dengan sahabat baiknya, Aishah, yang turut berdepan penyakit kanser dan berada dalam keadaan semakin kritikal. Aishah masih menyimpan impian yang pernah dirancang bersama arwah anak Adit, iaitu menjelajah ke pelbagai destinasi di seluruh dunia.
Walaupun keadaan kesihatan Aishah semakin merosot dan tidak lagi mengizinkannya untuk merealisasikan hasrat tersebut, Adit kembali memperoleh semangat untuk menunaikan impian yang pernah mereka bina bersama.
Sumber : semuanyadrama.com





