Drama Bulan Henti Bicara Di Astro Ria

Drama terbaharu Bulan Henti Bicara bakal menemui penonton bermula 27 Julai 2026. Siri ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria. Selain siaran di televisyen, penonton turut boleh mengikuti drama ini secara penstriman melalui platform Sooka.

Menampilkan sebanyak 28 episod, Bulan Henti Bicara mengambil alih slot yang sebelum ini diisi oleh drama Ikatan Terlarang. Naskhah ini diadaptasikan daripada novel popular bertajuk Bulan Henti Bicara hasil karya Rissa Ahdiya, yang diterbitkan pada tahun 2021.

Episod : 28
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 27 Julai 2026 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Baizura Kahar, Bainun Waheeda, Farzana Farisyah, Mike Alias
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Treputree Sdn. Bhd.

Bulan Henti Bicara

OST Drama

Tajuk : Cuba Jadi Aku
Artis : Nadeera Zaini
Komposer : Hael Husaini, Iqie Hugh & Nadeera Zaini
Penulis Lirik : Hael Husaini, Iqie Hugh & Nadeera Zaini

Pelakon & Watak

Drama ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal yang menghidupkan setiap watak, antaranya Ezzanie Jasny, Azhan Rani, Azar Azmi, Ali Reza Kavoossi, Farah Ahmad, Hushairy Hussein, Iman Suhana, Qaiyum Aiesha, Qireen Din, Qaseh Izwandy, Nik Ramly, Qistina Rania, Rafiqe Iskandar serta ramai lagi pelakon berbakat yang melengkapkan siri ini.

  • Ezzanie Jasny sebagai Zulfa
  • Azhan Rani sebagai Jamali
  • Azar Azmi sebagai Faziah
  • Ali Reza Kavoossi sebagai Afghan
  • Farah Ahmad sebagai Zainah
  • Hushairy Hussein sebagai Pak Karman
  • Iman Suhana sebagai Mastura
  • Nik Ramly sebagai Pak Meli
  • Qistina Rania sebagai Amira
  • Rafique Iskandar sebagai Alif
  • Qaiyum Aiesha sebagai Mael
  • Qaseh Izwandy sebagai Odah
  • Qireen Din sebagai Nazir

Sinopsis Drama Bulan Henti Bicara

Drama Bulan Henti Bicara mengisahkan tentang Zulfa, seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga nelayan dan sanggup mengetepikan impiannya sendiri demi memastikan adik-adiknya dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Demi mengubah nasib keluarga, Zulfa menerima lamaran Jamali, seorang usahawan kaya yang disangkanya mampu memberikan masa depan yang lebih terjamin. Namun, kehidupan berumah tangga yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan apabila lelaki yang dilihat berpegang teguh pada agama dan disanjung masyarakat itu sebenarnya menyembunyikan niat yang penuh muslihat.

Selepas bergelar isteri, Zulfa berdepan pelbagai tekanan apabila dirinya menjadi mangsa manipulasi dan penderaan emosi. Lebih menyakitkan, dia terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya hanyalah isteri kedua kepada Jamali.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zulfa tinggal serumah bersama isteri pertama Jamali, Faziah. Hubungan mereka yang pada mulanya dipenuhi rasa benci dan syak wasangka akhirnya berubah apabila kedua-duanya menyedari mereka berkongsi penderitaan yang sama. Mereka kemudian bersatu untuk membongkar segala rahsia gelap Jamali yang sekian lama berjaya disembunyikan.

Sumber : semuanyadrama.com