Table Of Content
Drama bersiri Akad Tak Dipinta bakal menghiasi slot Samarinda di TV3 bermula 30 Julai 2026. Siri ini ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Bagi penonton yang lebih gemar menonton secara digital, drama ini turut boleh distrim menerusi platform Tonton.
Menampilkan keseluruhan 20 episod, Akad Tak Dipinta diadaptasikan daripada novel popular hasil penulisan Aalin Ramly yang menggunakan judul yang sama. Drama ini diarahkan oleh Amor Rizan, manakala skripnya dihasilkan oleh Rehal Nuharis dengan kerjasama Panel Skrip MIG. Penerbitan drama ini dikendalikan oleh MIG Production Sdn. Bhd.
Episod : 20
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 30 Julai 2026 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak
Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal yang terdiri daripada Redza Rosli, Nasuha Sulaiman, Darien Aeldra, Haleeda Mazlin, Faa Zaini, Aleza Shadan, Sharifah Shahora, Kween Keela, Adil Luca, Fendy Bakry, Nazaty Gina serta ramai lagi pelakon yang turut memeriahkan jalan cerita drama ini.
- Redza Rosli sebagai Seth Aliman
- Nasuha Sulaiman sebagai Seri Lidyani
- Darien Aeldra sebagai Ikhmal
- Haleeda Mazlin sebagai Kalida
- Faa Zaini sebagai Harlyn
- Aleza Shadan sebagai Masura
- Sharifah Shahora sebagai Mak Kiah
- Fendy Bakry sebagai Saif Aliman
- Kween Keela sebagai Ana
- Nazaty Gina sebagai Elena
- Adil Luca sebagai Aiden
- Syerryfa Alhabshee sebagai Eton
- Zuhairy Ibrahim sebagai Dato Huzairi
Sinopsis Drama Akad Tak Dipinta
Drama Akad Tak Dipinta mengisahkan tentang Seri iaitu seorang akauntan yang cuba membina semula hidupnya selepas kehilangan cinta pertamanya Saif, dalam sebuah kemalangan tragis.
Kehidupan Seri kembali terancam apabila dipertemukan dengan Seth, majikannya yang dingin dan penuh rahsia. Demi menyelamatkan diri daripada perkahwinan yang mengongkong, Seri menerima lamaran Seth tanpa menyedari akad tersebut adalah permulaan sebuah mimpi ngeri.
Sebaik melangkah ke alam rumah tangga, hakikat sebenar terbongkar bahawa Seth merupakan adik kandung kepada arwah Saif. Seth mengahwini Seri semata-mata untuk membalas dendam atas kehancuran keluarganya, sekali gus menjadikan Seri buruan hukuman emosi atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.
Situasi menjadi semakin parah dengan kehadiran Harlyn, yang licik menggunakan pelbagai tipu muslihat dan manipulasi untuk merampas Seth di samping menghancurkan hidup Seri.
Di sebalik derita, tangisan dan konflik korporat yang melanda, satu persatu rahsia gelap mula terlerai termasuk kebenaran sebenar di sebalik kematian Saif serta persengketaan keluarga yang tersembunyi.
Mampukah kejujuran merawat luka dendam yang membara atau adakah perkahwinan ini bakal berakhir dengan kehancuran mutlak?
Sumber : semuanyadrama.com





