Table Of Content
Jangan lupa saksikan telemovie Pinang Durian yang akan menemui penonton semula pada 8 Ogos 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini diinspirasikan daripada karya Allahyarham Mamat Khalid dan mendapat sentuhan dan arahan daripada Along Kamalaudin.
Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Azlina Din
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : AK Production
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telemovie Pinang Durian seperti Khai Bahar, Tiz Zaqyah, Farouk Hussain, Usop Wilcha, Kiah Propa, Syanie Hisham, Delimawati, Along Kamaludin, Josiah Hogan, Anas Ridzuan, Man Raja Lawak dan ramai lagi.
- Khai Bahar sebagai Hamid
- Tiz Zaqyah sebagai Intan
- Farouk Hussain sebagai Maidin
- Usop Wilcha sebagai Seman
- Kiah Propa sebagai Mak Mah
- Syanie Hisham sebagai Zainab
- Delimawati sebagai Kiah
- Along Kamaludin sebagai Mat Nor Kusyairi
- Josiah Hogan sebagai Mat Karen
- Anas Ridzuan sebagai Remy
- Man Raja Lawak sebagai Mat Topoi
- Nadzmi Zakari sebagai Ihsan
- Amir Raja Lawak sebagai Asif
- Din Dangerous sebagai Mamud
Sinopsis Telemovie Pinang Durian
Pinang Durian mengisahkan pertembungan dua buah keluarga yang berasal dari Pulau Pinang dan Perak. Tragedi telah berlaku apabila isteri Maidin dikatakan meninggal dunia dek tercekik biji durian yang dijual oleh Seman.
Rentetan kejadian tersebut, Maidin telah bersumpah tidak akan menyentuh raja buah itu lagi. Bukan itu sahaja, dia juga telah mengharamkan buah durian daripada dibawa masuk ke rumahnya.
Namun, setelah hampir dua dekad kemudian, anak lelaki Maidin yang bernama Hamid telah bertemu dengan anak gadis Seman yang bernama Intan. Dia telah jatuh cinta dengan si perawan itu.
Konflik timbul apabila Maidin enggan melepaskan Hamid. Dia mempunyai hasrat untuk mengahwinkan anak terunanya itu dengan Zeenat, anak usahawan jeruk bernama Cik Bee.
Seman juga tidak bersetuju akan penyatuan antara Hamid dan Intan kerana dia beranggapan bahawa Maidin adalah lelaki yang sombong dan kedekut. Maidin pula beranggapan Seman adalah seorang penipu dan penyebab kematian isterinya dahulu.
Mampukah Hamid dan Intan mendamaikan kedua-dua orang tua mereka dan mendapat restu yang diperlukan?





