Telefilem Cermin Kasih Di TV3

Bagaimanakah perasaan apabila Suami sendiri yang terlibat dengan dadah dan akhirnya memerangkap isterinya sekali sehingga meringkup dalam penjara?

Kisah inilah dipaparkan dalam telefilem Cermin Kasih yang mana sebelum ditayangkan pada tahun 2016 dan kini disiarkan semula untuk tontonan ramai.

cermin kasih

Sinopsis Telefilem Cermin Kasih

mengisahkan tentang kehidupan Marina yang bertukar selepas dijodohkan bersama pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran. Hakikatnya, Amran adalah pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis.

Amran pula meninggal dunia akibat ditembak polis. Melalui sisi gelap di penjara, Marina disahkan mengandung. Gangguan emosi melanda Marina dan akhirnya lahirlah Maryam.

Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun. Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara.

Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya. Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan. Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selamanya.

Advertisements

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya, Ku Faridah, Zulkifli Ismail, Puteri Luvvna Willma, Nur Myra Damia, Arie Zaharie, Mia Kesuma dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tiz Zaqyah sebagai Marina
  • Shaheizy Sam sebagai Amran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Kak Rock
  • Raja Ilya sebagai Azlina
  • Ku Faridah sebagai Mak Jah
  • Zulkifli Ismail sebagai Hamdan

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Murali Abdullah, penulisan skrip daripada Kip Adlie dan diterbitkan oleh produksi Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan semula telefilem Cermin Kasih ulangan pada 31 Januari 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 31 Januari 2026 (Sabtu)
Waktu : 2.00 PM
Penulis Skrip : Kip Adlie
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.