Telefilem Kasih Tau Foo Fah Di TV3

Sebuah telefilem popular yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 iaitu Kasih Tau Foo Fah akan menemui penonton semula pada 6 September 2026.

Kita boleh lihat bagaimana Michael Ang membawakan watak Ah Leong yang sangat memberikan kesan terutamanya untuk penonton dan anda kena tengok sekali lagi.

kasih tau foo fah

Sinopsis Telefilem Kasih Tau Foo Fah

Telefilem Kasih Tau Foo Fah mengisahkan tentang Anis seorang wanita yang menjadi mangsa dalam sebuah rumahtangga sejak berkahwin dengan Ramlan seorang kaki judi.

Anis terpaksa membawa anaknya Fitri lari dari rumah mereka kerana dikejar samseng yang menuntut hutang suaminya Ramlan.

Atas desakan hidup dan keselamatan Fitri, Anis terpaksa meninggalkan Fitri di jalanan berbumbungkan kotak kotak sampah sebagai perlindungan.

Sejak itu dia terpisah dengan anaknya sehinggalah ditemui oleh Ah Leong seorang penjual tau foo fah.

Kerana simpati Ah Leong menjaga Fitri dan kerana sayang dia ambil keputusan untuk menjadikan Fitri sebagai anak angkat.

Banyak cabaran yang dilalui Ah Leong untuk mengambil Fitri sebagai anak angkat.  

Barisan Pelakon

Pelakon-pelakon yang terlibat seperti Michael Ang, Mior Darwish, Sharifah Sakinah, Pekin, Sharifah Shahora, Jimmy Choong, Phoebe Tan, dan ramai lagi. Serta penampilan khas daripada Shukri Yahaya.

Watak Lakonan

  • Michael Ang sebagai Ah Leong
  • Mior Darwish sebagai Fitri
  • Sharifah Sakinah sebagai Anis
  • Pekin sebagai Ramlan
  • Sharifah Shahora sebagai Miss Jane

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, penulisan skrip daripada Lyn Ahmad dan diterbitkan oleh produksi Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Kasih Tau Foo Fah yang akan menemui penonton semula pada 6 September 2026, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 dan online Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 6 September 2026 (Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Lyn Ahmad
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

Sumber : semuanyadrama.com