Telefilem Daddy Duda Di TV3

Sebuah telefilem berjudul Daddy Duda akan menemui penonton pada malam hujung minggu anda pada 17 Mac ini menerusi saluran TV3.

Telefilem yang membawa genre romantik komedi ini menampilkan barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, adik Natasya Nazira dan ramai lagi.

daddy duda

Sinopsis Telefilem Daddy Duda

Telefilem Daddy Duda mengisahkan tentang Qaseh yang merupakan seorang anak berusia 10 tahun bertekad untuk mencari pasangan hidup baru untuk daddnya.

Sejak Haeqal bercerai dengan isterinya, Aina, hidupnay tidak terurus. Disebabkan itulah, anak ciliknya datang membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berjayakan misi Qaseh untuk mencari jodoh ayahnya?

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fikry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, adik Tasya Nazira, Faeza Ilai, Aween Ismail, Alya Iman, Shafiqah Kahar, Nesa Idrus dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Haeqal
  • Tasya Nazira sebagai Qaseh
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Tok Ma
  • Nelisa Nizam sebagai Fasha
  • Shafiqah Kahar sebagai Dr. Hana
  • Aween Ismail sebagai Aina
  • Faezah Ilai sebagai Maria
  • Nesa Idrus sebagai Qila
  • Alya Iman sebagai Suci

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan sutradara Aliff Ihsan Rahman, penulisan skrip daripada Azhar Jalil dan diterbitkan oleh syarikat produksi Red Bean Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton telemovie Daddy Duda pada 17 Mac 2024, hari Ahad, pukul 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 17 Mac 2024 (Ahad)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Azhar Jalil
Pengarah : Aliff Ihsan
Produksi : RedBean Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment