Filem Pemburu Saka Di Tonton

Filem komedi seram Pemburu Saka merupakan naskah terbaru Tonton Original yang akan ditayangkan semula menerusi TV3 pada 26 September 2026, hari Sabtu di slot Cereka Pilihan TV3.

Sebuah telefilem yang pastinya membuatkan penonton tidak kering gusi dengan penglibatan lakonan daripada Sufian Suhami, Shah Kimin, Bell Ngasri dan ramai lagi.

pemburu saka

Sinopsis Filem Pemburu Saka

Filem Pemburu Saka mengisahkan tentang Zack iaitu seorang anak jutawan yang mengalami tragedi kehilangan ibu bapanya akibat ilmu hitam yang dihantar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu mendorong Zack untuk mempelajari ilmu perubatan Islam dan menubuhkan pasukan membanteras amalan khurafat di seluruh Malaysia.

Namun, usaha Zack menjadi sukar apabila kekasihnya tidak bersetuju dengan penglibatan Zack dalam dunia mistik.

Barisan Pelakon

Filem dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Sufian Suhaimi, Shah Kimin, Arena Wan, Bell Ngasri, Nabila Huda, Farouk Hussain, Riz Amin, Shazia Rozaini, Hafiz Muaz, Sapri Ibrahim, Hushairi Husain, Mak Ema Latah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Sufian Suhaimi sebagai Zack
  • Shah Kimin sebagai Amin
  • Shazia Rozaini sebagai Fasha
  • Arena Wan sebagai Sutina
  • Hafiz Muaz sebagai Aidil
  • Sapri Ibrahim sebagai Pawang Hitam
  • Riz Amin Dukun Papa
  • Hushairi Husain Dukun Santet
  • Farouk Hussain sebagai Pawang Merah
  • Mak Ema Latah sebagai Sutina (Asli)
  • Bell Ngasri sebagai Tok Arisz Rahman
  • Nabila Huda sebagai Dukun Wanita

Pengarah & Produki

Filem terbaru ini mendapat sentuhan daripada pengarah yang tidak asing lagi, Pali Yahya, nukilan skrip oleh MF Kenchana dan diterbitkan oleh produksi Mache Allstar United Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran Di Tonton

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Pemburu Saka yang akan menemui penonton pada 27 Mac 2024 dan seterusnya menerusi aplikasi Tonton. Hanya perlu langgan dengan harga RM9.90 sebulan sahaja.

Info Penuh Filem

Tayangan Asal : 2024
Tayangan : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 26 September 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : MF Kenchana
Pengarah : Fazli Yahya
Produksi : Mache Allstar United Sdn. Bhd.

Sumber : semuanyadrama.com