Telefilem Lelaki Kelas Sebelah Di TV3

Telefilem Lelaki Kelas Sebelah akan menemui penonton kembali pada 24 Mei ini menerusi saluran TV3 yang mana menampilkan gandingan Ismail Izzani dan Nabila Razali.

Bagaimana agaknya jika anda satu kolej dengan penyanyi dan instafamous yang anda minati? Semua ini anda boleh saksikan menerusi drama ini.

lelaki kelas sebelah

Sinopsis Telefilem Lelaki Kelas Sebelah

Telefilem Lelaki Kelas Sebelah bermula dengan kisah selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan.

Nona meminati Anas, seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Namun rakan-rakannya, Kinah dan Mira tidak menyokong Nona kerana bagi mereka, Anas tidak akan memandang pelajar kulinari seperti mereka yang hanya berpenampilan biasa-biasa sahaja.

Namun Nona tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Anas dan sering mengintai Anas. Malah Anas juga tinggal di kondominium dengan keluarganya.

Hubungan Nona dan Anas makin rapat, namun ditentang Bawan kerana pada Bawan Anas adalah seorang kaki perempuan kerana dia seorang instafamous.

Advertisements

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara nama-nama yang tersenarai dalam telemovie ini seperti Ismail Izzani, Nabila Razali, Luqman Hafidz, Aliya Iman Azmil Mustapha, Najua Nasir dan ramai lagi.

  • Ismail Izzani sebagai Anas
  • Nabila Razali sebagai Nona
  • Luqman Hafidz sebagai Bawan
  • Aliya Iman Azmil Mustapha sebagai Mona
  • Najua Nasir sebagai Kinah

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Hadith Omar, nukilan skrip daripada Rehal Nuharis dan diterbitkan oleh syarikat produksi Pena Creative Pictures.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Lelaki Kelas Sebelah yang akan menemui penonton semula pada 24 Mei 2024, hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment