Telefilem Wakaf Dosa Di TV3

Jangan lupa untuk tonton telefilem Wakaf Dosa yang akan menemui penonton semula pada 16 Jun 2024, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada Citra Abdullah dan diterbitkan oleh syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 16 Jun 2024 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Skrip : Citra Abdullah
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

wakaf dosa

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Datuk Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina, Esma Daniel, Nazafee DFKL, Adriana DFKL, Awie Dean, Daniell Fiq dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Datuk Rosyam Nor sebagai Bakri Zain
  • Izzue Islam sebagai Danial Muhaimin
  • Farahdhiya sebagai Nazirah
  • Sweet Qismina sebagai Puteri Najwa
  • Nazafee sebagai Adam
  • Adriana sebagai Syifa
  • Awie Dean sebagai Ad

Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa

Telefilem Wakaf Dosa mengisahkan tentang Bakri Zain merupakan seorang pelakon yang memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus.

Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan.

Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel.

Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar.

Advertisements

Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya.

Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’. Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya.

Leave a Comment