Telefilem Perempuan Tanpa Cinta Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Perempuan Tanpa Cinta yang akan menemui penonton semula pada 18 Jun 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan sempena Aidiladha tahun 2023 ini merupakan arahan Ejump Mohd, nukilan skrip daripada Lynnda Sharudin dan diterbitkan oleh syarikat produksi Nothern Lights Pictures.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 18 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Lynnda Sharudin
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : Nothern Lights Pictures

perempuan tanpa cinta

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Erra Fazira, Syafiq Nazri, Nur Risteena, Hanna Qistinna dan Azri Iskandar

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelakon seperti Hazeeq Dean, Bea Rameshan, Jasper Supayah, Kamaliah Mat Dom, Chef Zam, Lana Nordin, Daniel Fong dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Erra Fazira sebagai Zarah
  • Syafiq Nazri sebagai Razif

Sinopsis Telefilem Perempuan Tanpa Cinta

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita yang mempertahankan cinta sucinya sehingga ke akhir hayatnya. Malah bertemu semula dalam keadaan si lelaki hanya diperlukan untuk melepaskan wanita itu buat selama-lamanya.

Sama-sama ikuti perjalanan kisah perkahwinan pasangan Razif dan Zarah. Perkahwinan tanpa kehadiran cahaya mata membuatkan rumahtangga mereka yang pada awalnya bahagia mula bermasalah.

Kemuncaknya bila Razif mengambil keputusan berkahwin lain dan selepas itu takdir menentukan Zarah disahkan mengandung. Zarah begitu gembira dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Advertisements

Namun kegembiraan mereka tidak lama. Zarah menjadi depresi kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas dia melahirkan anaknya. Sukar baginya menerima kenyataan kehilangan yang tersayang dalam masa yang sama.

Situasi itu membuatkan Razif mengambil keputusan meninggalkan Zarah. Sikap Zarah yang tidak menentu membuatkan Razif putus asa dan hilang sabar untuk meneruskan kehidupan dengan Zarah.

Razif berjuang mendapatkan hak penjagaan anak tersebut daripada Zarah. Sejak itu mereka tidak pernah bertemu dan Zarah terpisah dengan anaknya itu hinggalah anaknya dewasa.

Namun masihkan ada peluang untuk Zarah merasai bahagia bersama anak kandungnya tersebut?

Leave a Comment