Drama Nafsu Di Viu (Original)

Viu bawakan satu lagi drama siri original supernatural thriller dan kali ini menerusi ‘Nafsu’ yang mana akan mula ditayangkan di platform penstriman tersebut mulai 27 Jun ini.

Jika sebelum ini, Sein Qudsi mengarah bersama untuk siri Viu seperti Hilang dan Black 2, kini beliau tampil sebagai pengarah utama untuk siri Nafsu.

Penonton sedia maklum, jika datang Viu Original, pastinya kita dapat jangkakan sebuah naskah yang hebat serta lain dari yang lain berbanding drama-drama tempata yang lain.

siri nafsu

Sinopsis Drama Nafsu

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup.

Mangsanya adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itu, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan.

Namun hakikatnya, Sam mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tetapi dia menolak kepercayaan itu kerana padanya ia adalah satu sumpahan.

Apabila Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta pertolongan mencari adik perempuannya yang hilang, Sam terima dengan hati yang berat.

Namun, pencarian itu membawa mereka bertemu dengan satu kumpulan ajaran sesat, yang diketuai oleh seorang yang jahat. Sam bakal diduga dengan perkara-perkara yang di luar jangkaan akal.

Advertisements

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi siri Nafsu ini seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal, Vanidah Imran, Ellie Suriaty, Nia Atasha, Fahrin Ahmad, Rosdeen Suboh dan ramai lagi.

  • Kamal Adli sebagai Sam
  • Azira Shafinaz sebagai Dina
  • Aqasha sebagai Gusti
  • Khayrisyah Kemal sebagai Alia
  • Vanidah Imran sebagai Marina
  • Ellie Suriaty sebagai Kamariah
  • Nia Atasha sebagai Suria
  • Fahrin Ahmad sebagai Dr. Azlan
  • Rosdeen Suboh sebagai Pak Atan
nafsu

Produksi & Pengarah

Drama siri 8 episod ini merupakan arahan Sein Qudi, nukilan skrip bersama antara Amar Amir, Amin Shakib, Hadi M. Nor dan Zuli Ismail serta diterbitkan oleh syarikat produksi Infinitus Films.

OST Drama

Lagu : Kala Tiba
Penyanyi : Marsha Milan
Komposer : Sein Qudsi
Lirik : Azan Addin

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama siri original Nafsu yang akan mula menemui anda bermula pada 27 Jun 2024, setiap hari Khamis, pukul 12.00 tengah hari secara eksklusif hanya di Viu.

Leave a Comment