Telefilem Silang Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Silang yang akan menemui penonton semula pada 8 Julai 2024, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Azman Yahya aka Jinggo, nukilan skrip daripada PGRs Team dan diterbitkan oleh syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 8 Julai 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : PGRs Team
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

telefilem silang

Pelakon & Watak

Antara nama-nama yang membintangi telefilem Silang ini seperti Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid, Wanna Ali dan ramai lagi.

  • Nazim Othman sebagai Amir
  • Emma Meambong sebagai Dura

Sinopsis Telefilem Silang

Telefilem Silang mengisahkan tentang Amir yang mempunyai masalah pembelajaran sejak kecil dan telah disahkan mempunyai masalah disleksia. Dia lebih berminat dalam bidang seni dan lukisan sehinggalah berjaya bekerja sebagai pereka grafik.

Advertisements

Amir hidup bahagia bersama Dura selepas memasuki alam perkahwinan. Walaupun begitu, Dura mula menyedari yang Amir mempunyai masalah disleksia kerana kerap dia kali gagal dalam ujian kelas memandu.

Lantas dengan kejadian itu, Dura mula membantu Amir menghadapi masalah tersebut walaupun dia begitu kecewa kerana Amir tidak mahu berterus terang keadaan sebenar kepadanya sehingga memberi kesan kepada rumah tangga mereka.

Leave a Comment