Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa Di TV2

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa akan menemui penonton kembali pada Isnin ini menerusi slot Drama On 2 di TV2. Jadi jangan terlepas untuk menyaksikannya.

Kita mungkin biasa dengan produksi Les Copaque menerusi Ipin Upin, tetapi kali ini mereka juga ada menghasilkan sebuah tv drama untuk tontonan ramai.

jiwa tanpa jiwa

Sinopsis Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa mengisahkan tentang Jiwa iaitu seorang pelajar seni lukisan dan sering mendapat pujian daripada pensyarahnya. Dia pandai melukis objek tetapi lukisan potret bukan jiwanya.

Dia tidak pernah melukis potret sehinggalah dia bertemu dengan Maya. Jiwa kemudian mengupah Maya untuk menjadi subjek lukisannya, namun Maya tidak dibenarkan untuk melihat lukisan tersebut hinggalah ianya siap.

Jiwa dan Maya berkahwin selepas tamat belajar namun rumahtangga mereka diuji kerana Jiwa mempunyai penyakit psikologi yang menjadikan dia seorang yang sukar untuk meluahkan emosinya.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie Jiwa Tanpa Jiwa seperti Syafi Tee, Ezzaty Abdullah, Farhan Asri, Melissa Aurellia, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Advertisements
  • Syafi Tee sebagai Jiwa
  • Ezzaty Abdullah sebagai Maya
  • Farhan Asri sebagai Man
  • Melissa Aurellia sebagai Nana
  • Jasmin Hamid sebagai Hasnah

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupaakn arahan Razuri Ajman, nukilan skrip daripada Hj Ainon Ariff, Nur Naquyah, Ainur, Mohammad Aiman bersama Ijan Ai serta diterbitkan oleh produksi Les’ Copaque Film Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Jiwa Tanpa Jiwa yang akan bersiaran semula pada 29 Julai 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Sumber : aimanabdullah.com

Leave a Comment