Telefilem Tangisan Izara Di TV9

Telefilem Tangisan Izara akan menemui penonton semula di kaca tv. Tapi kali ini, ianya akan disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 iaitu di TV9.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini menampilkan barisan pelakon seperti Raja Afiq, Janna Nick dan Puteri Balqis yang merupakan antara teraju utama.

Sinopsis Telefilem Tangisan Izara

Telefilem Tangisah Izara mengisahkan seorang eksekutif bernama Haikal dan isterinya Raihana yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta.

Pasangan muda itu mula berkenalan ketika mereka berdua mendapatkan rawatan terhadap penyakit mereka di hospital sama. Haikal mengalami masalah jantung manakala Raihana pula menghidap barah.

Daripada pertemuan biasa yang pada mulanya berkongsi rasa mengenai penyakit yang mereka hadapi, kemudian timbul rasa cinta. Mereka berdua amat serasi kerana Haikal dan Raihana yatim piatu. Selepas tiga bulan terjalin persahabatan, Haikal melamar Raihana untuk menjadi isteri.

Raihana cuba menolak cinta Haikal kerana dia tidak mahu lelaki itu turut menanggung penderitaannya. Pada masa sama, Haikal sangat memerlukan sokongan Raihana untuk menghadapi penyakit yang dideritainya lalu mereka berkahwin.

Walaupun Raihana tidak mahu mempunyai zuriat atas dasar sakitnya. Namun dgn kuasa Allah swt beliau disahkan mengandung dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Izara.

Ketika mereka keluar bekerja, Izara dijaga pengasuhnya, Mak Dah. Haikal dan Raihana tahu akan meninggalkan Izara seorang diri. Sejauh mana Mak Dah mampu menjaga Izara? Apakah nasib Izara selepas Haikal dan Raihana meninggal dunia?

Advertisements
tangisan izara

Pelakon Dan Watak

Selain itu, Tangisan Izara juga menampilkan lakonan daripada Ku Faridah, Eqbal Elsid, Baharin Kadir, Abdul Jamil Mohamed, Rozila Abdullah dan ramai lagi.

  • Puteri Balqis sebagai Izara
  • Janna Nick sebagai Raihana
  • Raja Afiq sebagai Haikal
  • Ku Faridah sebagai Mak Dah
  • Eqbal Elsid sebagai Akasya

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Shahremy Ikhmal serta diterbitkan oleh produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Tangisan Izara yang akan bersiaran semula pada 29 Julai 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment