Drama Pinjaman Syurga Di TV3 (Slot Akasia) Mulai 5 September Ini

Sebuah drama melayu terbaru berjudul Pinjaman Syurga bakal menemui penonton mulai 5 September 2024 yang mana ianya akan ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.

Drama lapan episod yang bakal menggantikan Dulu Dollah Daebak ini membawa kisah bagaimana pasangan suami isteri yang berhadapan dengan ujian besar dalam rumah tangga apabila anak mereka disahkan menghidap autisme.

Adakah dengan ujian yang dan takdir ini akan terus membuat Natasha dan Taufik untuk berdiri tegu di atas dasar cinta dan pengorbanan, atau mereka akan tewas dalam ketakutan dan kesedihan?

Ikuti kisah bagaimana pengorbanan seorang ibu yang sanggun berjuang seorang diri dalam cabaran membesarkan anak austisme dengan usaha mendapatkan bantaun dari PDRK agakar anaknya dapat belajar berdikari.

Sinopsis Drama Pinjaman Syurga

Drama Pinjaman Syurga mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.

Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha dan Taufik, yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki mereka iaitu Haikal adalah seorang kanak-kanak autisme.

Seperti angin badai yang tiba tanpa diduga, berita ini menggoncang kehidupan bahagia selama lima tahun perkahwinan mereka, menguji kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang yang ada.

Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri.

Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya, Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal, seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

Kadangkala, pengorbanan terbesar adalah menerima dan menyayangi sepenuh hati. Drama Pinjaman Syurga ini mengupas cabaran emosi dan mental suami isteri yang harus berhadapan kenyataan pahit dalam kehidupan rumah tangga mereka untuk menerima kehadiran ‘anak yang cacat’.

Advertisements

Namun, seberapa kuatkah seorang ibu seperti Natasha dapat menghadapi ujian ini sendiri?

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara nama-nama yang membintangi drama Pinjaman Syurga ini seperti Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah, Natasya Mahyan, Ziha Salleh, Fizo Omar, Laila Nasir, adik Akif Darwisy, Aleza Shadan dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Natasya
  • Keith Foo sebagai Taufik
  • Akif Darwisy sebagai Haikal
  • Gambit Saifullah sebagai Zainal
  • Ziha Salleh sebagai Zahirah
  • Natasya Mahyan sebagai Elisya
  • Laila Nasir sebagai Puan Aminah
  • Fizo Omar sebagai Ismail
  • Aleza Shadan sebagai Mak Zainab

Produksi & Pengarah

Drama 8 episod ini merupakan arahan bersama Shuhaimi Zulkefli dan Bob Fikri, nukilan skrip daripada Shaza Talib dan Suzanna Zaily Zin serta diterbitkan oleh syarikat produksi Anomali Media Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Pinjaman Syurga yang akan menemui penonton mulai 5 September 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.

Anda juga boleh tonton drama ini 24 jam lebih awal berbanding tayangan di tv menerusi platform Tonton sama ada menggunakan laman web atau aplikasi mobile.

Leave a Comment