Telefilem Taubatku Di TV3 (Cerekarama)

Saksikan telefilem Taubatku yang akan menemui penonton pada 7 September 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Shahnas Putra bersama Nik Nabila serta diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 7 September 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pm
Penulis Skrip : Shahnas Putra, Nik Nabilah
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon Dan Watak

Beriku merupakan barisan pelakon yang terlibat seperti Syafiq Kyle, Azar Azmi, ibu Fauziah Nawi, Syed Ali Murtadha, Idris Khan, Rusdi Ramli, Faezah Elai dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Ismail
  • Azar Azmi sebagai Maisarah
  • Adik Syed Ali Murtadha sebagai Ismail
  • Idris Khan sebagai Safuan

Sinopsis Telefilem Taubatku

Kisah Taubatku ini bermula dengan sepasang suami isteri iaitu Ismail dan Maisarah yang telah lima tahun mendirikan rumah tangga tetapi tidak dikurniakan anak.

Pada suatu hari, mereka terjumpa seorang bayi yang diletakkan di tempat pembuangan sampah dan membuat keputusan untuk mengambil dan menjaga bayi tersebut dan memberi nama Iskandar.

Pada awalnya kehidupan mereka bahagia meskipun hidup dalam keadaan serba kekurangan dan Ismail hanya mempunyai kedai menjual sate sebagai mata pencarian.

Tetapi Maisarah mula mengeluh dengan kehidupannya, lagi-lagi mereka diuji dengan keadaan Iskandar yang lumpuh akibat kemalangan. Maisarah menjadi tertekan kerana perlu menguruskan anaknya yang lumpuh tersebut.

Advertisements

Maisarah mula berubah hati dan mengikut bekas tunangnya sebelum ini iaitu Safuan dan meninggalkan suami serta anaknya.

Sejak dari itu juga, Ismail mula berubah dan menjadi baran kepada Iskandar apabila anaknya melakukan kesilapan. Kebajikan Iskandar juga mula terabai.

Apakah yang terjadi pada Iskandar akhirnya? Bagaimana pula kehidupan baru Maisara selepas meninggalkan Ismail bersama anaknya?

Leave a Comment