Filem Baik Punya Ah Long Di Pawagam Mulai 12 September Ini

Gabungan dua pelawak terkenal negara yang tidak asing lagi, JOZAN kini kembali dengan sebuah filem komedi terbaru berjudul Baik Punya Ah Long yang akan menemui penonton mulai 12 September di pawagam seluruh Malaysia.

Jika gandingan JOZAN iaitu Johan dan Zizan Razak bersatu, kita pastinya akan disajikan dengan bertubi-tubi lawak bersahaja daripada mereka dan pastinya akan diserikan dengan gelak tawa sepanjang penceritaan.

Selain daripada peraturan komedi dan aksi, uniknya filem ini apabila terdapat 18 buah lagu yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon sepanjang penceritaan. Selain sarat dengan unsur lawak, karya ini juga kaya dengan muzik yang menyegarkan.

Sinopsis Filem Baik Punya Ah Long

Filem Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik-beradik, Aloy dan Ale, yang diminta oleh ayah mereka untuk mengambil alih perniagaan keluarga.

Apa yang menariknya, Aloy dan Ale sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun begitu, mereka tetap menyahut cabaran tersebut dengan semangat.

Dengan usaha dan tekad, mereka memulakan perniagaan pinjaman wang, iaitu perniagaan Ah Long. Pada mulanya, semuanya kelihatan lancar, namun kemunculan watak Lan Panda, seorang pengusaha pinjaman wang yang sedia ada, menyebabkan ketegangan.

Lan Panda, yang merasa tergugat dengan kemunculan pesaing baru, mula merancang strategi untuk menjatuhkan Aloy dan Ale.

Advertisements

Barisan Pelakon Dan Watak

Selain Johan dan Zizan Razak, terdapat juga penampilan daripada pelakon-pelakon ternama yang lain seperti Adlin Aman Ramlie, Afdlin Shauki, Mia Sara Shauki, Sid Murshid, Achey Bocey, Chew Kin Wah, Liyana Jasmay dan ramai lagi.

  • Johan sebagai Aley
  • Zizan Razak sebagai Aloy
  • Liyana Jasmay sebagai Cik Pa
  • Afdlin Shauki sebagai Lan Panda
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Karim Kangaroo
  • Mia Sara sebagai Mia
  • Chew Kin Wah sebagai Ah Long

Produksi & Pengarah

Filem dengan genre komedi, aksi dan muzikal ini merupakan arahan Dato’ Afdlin Shauki, nukilan skrip bersama daripada tuan pengarah, Haris M. Nor, Shafiq Azraei, Pacai dan Sid Murshid serta diterbitkan oleh produksi Petra Works Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk bergelak ketawa dengan menonton filem Baik Punya Ah Long yang akan ditayangkan mulai 12 September 2024 (Khamis) hingga seterusnya di pawagam seluruh Malaysia.

Leave a Comment