Filem Housekeeping Di Amazon Prime Lakonan Alif Satar

Amazon Prime sekali lagi membawakan sebuah filem original tempatan dan kali ini menerusi genre aksi komedi berjudul HOUSEKEEPING? dimana mula ditayangkan di platform Prime Video mulai 5 September 2024.

Filem ini menampilkan Alif Satar, Sharifah Sakinah dan Fabian Loo sebagai teraju utama sepanjang penceritaan yang mana bakal memberikan pengalaman menonton yang penuh dengan gelak tawa dan aksi mendebarkan.

Sinopsis Filem Houskeeping

Filem Housekeeping bermula dengan kisah Johan yang sedang cuba mempertahankan perkahwinannya dengan Aida, seorang inspektor polis. Rumah tangga mereka di ambang perpisahan akibat konflik kewangan yang tidak berkesudahan.

Johan, yang bekerja sebagai tukang kemas di sebuah hotel, berharap dapat mencari jalan untuk menyelamatkan perkahwinannya.

Suatu hari, ketika Johan bersama Molly dan Ah Foo sedang mengemas bilik hotel, mereka terjumpa sebuah beg misteri yang penuh dengan wang tunai.

Tergoda dengan peluang untuk mengubah nasib, mereka bertiga memutuskan untuk membahagikan wang tersebut dan memulakan kehidupan baru yang lebih baik.

Namun, impian mereka tidak berjalan lancar apabila mereka mengetahui bahawa wang tersebut sebenarnya milik kumpulan samseng yang diketuai oleh Don A.

Menyedari mereka dalam bahaya, Johan, Molly, dan Ah Foo terpaksa melarikan diri, bukan sahaja dari kumpulan samseng tersebut tetapi juga daripada pihak polis yang turut memburu mereka.

Sepanjang pelarian mereka, pelbagai aksi lucu dan situasi kekecohan berlaku. Dari kejar-mengejar yang mendebarkan hingga adegan komedi yang mencuit hati, penonton pasti akan terhibur dengan gelagat trio ini yang cuba keluar dari masalah yang mereka ciptakan sendiri.

Tambahan lagi, hotel tempat mereka bekerja dipenuhi dengan tetamu dan kakitangan yang aneh dan mencuit hati.

Advertisements

Keadaan menjadi semakin rumit apabila hotel tersebut dikurung, menjadikan usaha mereka untuk melarikan diri semakin mencabar. Interaksi dengan watak-watak sampingan ini menambahkan lagi elemen komedi dalam filem ini.

Pelakon Dan Watak

Selain daripada barisan pelakon utama, mereka turut dibantu oleh nama-nama seperti Pablo Amirul, Ropie Cucupak, Didie Alias, Norreen Iman, Khir Rahman, Angeline Tan, Maria Farida, Radhil Khalid, Sabrina Ali, Joanne Kam dan ramai lagi.

  • Alif Satar sebagai Johan
  • Sharifah Sakinah sebagai Molly
  • Fabian Loo sebagai Ah Foo
  • Shiqin Kamal sebagai Aida
  • Norreen Iman sebagai Cik izan
  • Didie Alias sebagai Lindi
  • Khir Rahman sebagai Don A

Produksi & Pengarah

Filem Amazon Original ini merupakan arahan Zahir Omar, nukilan skrip daripada June Tan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Skop Production.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Housekeeping yang akan mula ditayangkan di platform penstriman Prime Video pada 5 September 2024 secara berterusan. Anda boleh langgan dengan harga RM25 sebulan.

Leave a Comment