Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Saka Ke Ni? yang akan menemui penonton semula pada 13 Disember 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 dan secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Nazir Jamaludin, nukilan skrip daripada Jo Sidek dan diterbitkan oleh syarikat produksi Creative Skill Solution Sdn Bhd.
Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 13 Disember 2024 (Jumaat)
Skrip : Jo Sidek
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Creative Skill Solution
Pelakon Dan Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Bell Ngasri, Ruminah Sidek, Anas Ahmad, Pian Kepoh, Kamarool Hj. Yusoff, Dayana, adik Adam, Ramli Abdullah, Belon Kajang dan ramai lagi.
- Bell Ngasri sebagai Din
- Ruminah Sidek sebagia Mak Mah
- Anas Ahmad sebagai Man
- Pian Kepoh sebagai Usop
- Kamarool Hj. Yusoff sebagai Tok Bomoh
- Dayana sebagai Mira
- Adam sebagai Aliq
- Belon Kajang sebagai Saka
Sinopsis Telefilem Saka Ke Ni?
Telefilem Saka Ke Ni? mengisahkan tentang 3 rakan iaitu Man, Din dan Usop yang buntu untuk menyara kehidupan kerana masing-masing menggangur dan tidak mempunyai kerja.
Pada awalnya, Man bergurau untuk menculik satu keluarga kaya, tetapi Din dan Usop mengambil serius tentang perkara tersebut dengan terus menculik seorang nenek tua bernama Mak Mah.
Apakah yang berlaku seterusnya? Berjayakah mereka mendapat wang tebusan daripada penculikan tersebut? Siapa agaknya Mak Mah yang diculik itu?