Table Of Content
Cinta Bukan Milik Kita merupakan sebuah drama tv melayu terbaru yang akan mula menemui penonton pada 19 Disember 2024 menerusi slot Samarinda yang ditayankang di TV3.
Drama yang membawa kisah tentang percintaan dan kekeluargaan ini bakal bersiaran bagi menggantikan Lara Kasih yang telah tamat siaran pada 18 Disember yang lalu. Kini sebuah lagi karya terbaru untuk tontonan ramai.
Sinopsis Drama Cinta Bukan Milik Kita
Drama Cinta Bukan Milik Kita mengisahkan tentang Redza yang merupakan seorang anak sulung daripada 3 beradik dan mempunyai masa depan yang cerah.
Redza dan Manis berkawan baik walaupun berbeza latar belakang, persahabatan mereka menjadi rapat, hingga menarik perhatian orang sekeliling, termasuk ayah tirinya, Sazali.
Namun setelah kematian ayahnya, Redza mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan menguruskan kebun Harum Manis arwahnya.
Bagi mengelakkan kebunnya di curi oleh mak ciknya iaitu Robiah, Redza sanggup berkorban menjadi “hamba” untuk mempertahankan warisan keluarganya.
Sazali kurang gemar dengan hubungan Redza dan Manis membuat keputusan untuk memisahkan mereka dan berpindah jauh ke Jakarta. Redza dan Manis berjanji akan bertemu kembali di bawah pokok mangga yang mereka tanam bersama.
Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang terlibat dalam drama ini seperti Khai Bahar, Sharifah Rose, Putri Delynna, Marc Sadique, Kartina Aziz, Lydiawati, Syahmie Thaqeef, Amer Noor, Esma Daniel, Ahmad Idham, Fendi Seman, Nadia Kesumawati dan ramai lagi.
- Khai Bahar sebagai Redza
- Sharifah Rose sebagai Manis
- Putri Delynna sebagai Azalea
- Marc Sadique sebagai Raden
- Kartina Aziz sebagai Wan Lijah
- Lydiawati sebagai Mak Long Robiah
- Amer Noor sebagai Muiz
- Esma Daniel sebagai Sazali
- Ahmad Idham sebagai Abdullah
Pengarah dan Produksi
Drama 15 episod ini merupakan arahan Emi Suffian, nukilan skrip daripada Mufid Suhaimi, Haji Fadzil, Lee Chonz bersama Marr Mohamad serta diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.
Waktu Tayangan
Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Cinta Bukan Milik Kita yang akan mula bersiaran 19 Disember 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.
Selain itu, drama ini juga turut ditayangkan secara striming menerusi Tonton yang ditayangkan 24 jam lebih awal sebelum dikeluarkan di kaca tv.