Review Episod Akhir Andai Tiada Dia Di Astro Ria. Tidak Cukup Padu.

Drama paling popular penghujung 2024, Andai Tiada Dia akhirnya sampai ke penghujung selepas kesemua 36 episod selesai ditayangkan di Astro Ria pada 19 Disember yang menerus slot Megadrama di Astro Ria.

Akhirnya penonton yang mengikuti drama ini tahu apa pengakhirnya yang sebenar. Apa yang berlaku pada Suri, Falah, Haiqal dan Intan. Tapi secara keseluruhan sebenarnya ada beberapa perkara yang ‘pelik’ sikit.

Review Episod Akhir Andai Tiada Dia

Pada minggu-minggu sebelum ini, jika lihat di media sosial, sebenarnya ramai juga persoal termasuk admin sendiri, sepatutnya drama Andai Tiada Dia ini tamat di episod 28 dimana Suri bahagia berkahwin dengan Falah.

BACA JUGA : Sinopsis Drama Andai Tiada Dia Astro Ria

Sejujurnya admin tak pernah baca novel tersebut. Tapi ada yang mengatakan, ending drama tersebut adalah ketika perkahwinan tersebut terjadi. Sepatutnya, tamatlah pada episod tersebut. Tapi ternyata perkara tersebut tidak terjadi.

Dipanjangkan pula sehingga 36 episod yang memaparkan Intan kembali menjadi jahat. Menunjukkan juga struggle Falah melawan kansernya sehingga ke episod 35 yang rata-rata dapat komen menyedihkan. Ramai penonton katanya menangis.

Kini sampai ke episod 36. Bermula dengan adegan pengkebumian Falah. Semua sedih atas permegiannya termasuklah Suri sendiri. Kemudian ditunjukkan kesusahan Suri menjaga Husna dan Luqman seorang diri sehingga kemalangan. Nasib baik selamat.

Lepas tu, Haiqal kerap muncul yang pastinya rata-rata penonton merasakan akan ada comeback dan penyatuan semula mereka berdua. Falah pun siap bagi surat, siap buat video. Hebat persediaan. Jadi mungkin kahwin semula ni.

Tetapi sampailah adegan akhir, perkara tersebut tidak berlaku. Haiqal dan Suri hanya dianggap sebagai ‘keluarga’ sahaja dan tidak lebih dari itu. Jadi tiada comeback untuk kedua-duanya.

Advertisements

Sebelum itu, ada satu adegan menunjukkan keadaan Intan yang habis terbakar satu badan. Akhirnya terseksa dan sakit bersendiri. Tapi watak tersebut seperti tergantung. Tak mati, tak ditangkap polis. Tapi terbaring macam tu je. Kurang la sikit.

Tak cukup dengan itu, scene last sekali dia bawah pula ‘Fatah’ yang mempunyai paras rupa sama dengan Falah. Terserampak dengan Suri dan Haiqal di tepi pantai. Ini pun macam ‘ermm’.

Untuk admin, episod 36 ni tak padu. Nampak pelik pun ada. Tapi sebab dah tamat kan. Kita terima sahajalah buah fikiran tuan pengarah. Overall drama ini ok la. Geram ada, sedih ada, kesian ada dan macam-macam lagi.

Adalah lebih baik dia tutup dengan episod 28 sahaja sepatutnya. Jadi berjagalah untuk semua ‘Ipar Itu Adalah Maut’. Bagi yang ingin menonton full episod drama Andai Tiada Dia, anda boleh berbuat demikian secara On Demand di Astro atau striming di Sooka.

Leave a Comment