Telefilem Aku Ingin Bahagia Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Aku Ingin Bahagia yang akan bersiaran pada 20 Disember 2024, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Zul Huzaimy, nukilan skrip daripada Shuhadatul Ain Zakaria dan diterbitkan oleh produksi Asia Media Content

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 20 Disember 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Pengarah : Zul Huzaimy
Penerbit : Asia Media Content

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Azma Aizal Yusoof, Siti Shahreza, Zamarul Hisham, Ku Faridah, Ilya Buang, Zuhairi, Taufik Hidayat, Heela Shariff dan ramai lagi.

Advertisements
  • Azma Aizal Yusoof sebagai Wan
  • Ku Faridah sebagai Mak Minah
  • Siti Shahreza (Eja) sebagai Ustazah Salmah
  • Zamarul Hisham sebagai Lan
  • Ilya Buang sebagai Hj Daud
  • Zuhairi sebagai Cikgu Hassan

Sinopsis Telefilem Aku Ingin Bahagia

Telefilem Aku Ingin Bahagia mengisahkan tentang Wan selalu dihina dan dikeji dengan panggilan ‘Lembam’ oleh orang kampung kerana kecacatan akalnya.

Wan berhajat untuk berkahwin dengan Ustazah Salmah. Kerana kebaikannya, Ustazah Salmah sudi menerima Wan dan kehidupan mereka dijalani dengan bahagia. Ustazah Salmah menjaga Wan dengan penuh kasih sayang. 

Namun, ditakdirkan Ustazah Salmah dijemput Ilahi beberapa lama selepas itu kerana menghadapi kanser serviks. Wan hidup menderita selepas kematian isteri dan emaknya kerana tidak seorang pun yang ingin mengambil tahu akan kehidupanya.

Leave a Comment