Telefilem Auta Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Auta yang akan menemui penonton semula pada 24 Januari 2025, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Dato’ Jurey Latiff Rosli, nukilan skrip daripada Suzanna Zaily Zin dan diterbitkan oleh produksi World Evolution Brain Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 24 Januari 2025 (Jumaat)
Masa : 8.40 malam
Penulis Skrip : Suzanna Zaily Zin
Pengarah : Dato’ Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain Sdn. Bhd.

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Shukri Yahaya, Nad Zainal, Delimawati, Mubarak Majid, Balkisyh Semundur Khan, Rosli Rahman Adam, Zarina Md Nor, Da’i Hijrah dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Nizam
  • Nad Zainal sebagai Faridah
  • Delimawati sebagai Salmah
  • Mubarak Majid sebagai Sulaiman
  • Da’i Hijrah sebagai Ustaz Aziz

Sinopsis Telefilem Auta

Telefilem Auta mengisahkan tentang Nizam, seorang pemuda yang malas bekerja telah jatuh hati pada Faridah. Walaupun pemalas dan tidak bekerja, Nizam seorang yang beragama, sering dilihat menghadiri ceramah dan beribadah di masjid.

Ibu Faridah, Salmah berharap Nizam dapat membantu mengubah sikap suaminya, Sulaiman yang malas untuk solat.

Awal perkahwinan sepertinya semuanya indah. Akan tetapi lama-kelamaan Nizam masih belum mahu bekerja dan mula melepaskan tanggungjawab sebagai suami kepada Faridah.

Advertisements

Disebabkan itulah, Faridah meminta tolong Ustaz Aziz bagi menyedarkan Nizam untuk kembali sedar dan menasihati untuk terus memberikan tanggungjawab dalam keluarganya.

Sumber : aimanabdullah.com

Leave a Comment