Table Of Content
Sebuah filem melayu tempatan drama berjudul Mencari Ramlee akan menemui penonton mulai 19 Jun 2025 yang mana ianya akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Filem ini berlatarbelakangkan tahun 1970-an dan kisahnya adalah berkait rapat dengan ikon Malaysia, Allahyarham Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar (Dr.) P. Ramlee.

Sinopsis Filem Mencari Ramlee
Filem Mencari Ramlee mengisahkan tentang Zakaria iaitu seorang peniru gaya yang bergelut dengan masalah kewangan dan hutang dimana telah ditawarkan kerja oleh gangster tempatan.
Beliau ditawarkan oleh Yusuf untuk berlakon sebagai P. Ramlee untuk menghiburkan kakaknya iaitu Zaiton yang menghidap amnesia dan percaya dirinya masih berada di era 1950-an.
Perkara ini membuatkan Zakaria mampu untuk melangsaikan hutangnya dan membahagiakan kakak kepada gangster itu.
Pelakon & Watak
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Mencari Ramlee ini seperti Tony Eusoff, Sofia Jane, Mimi Lana, Megat Sharizal, Han Zalini, Abi Madyan, Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Bront Palarae, Vanidah Imran, Iedil Dzuhrie, Najua P. Ramlee dan ramai lagi.
- Tony Eusoff sebagai Zakaria
- Megat Sharizal sebagai Yusuf
- Sofia Jane sebagai Zaiton
- Mimi Lana sebagai Yasmin

Produksi Dan Pengarah
Mencari Ramlee mendapat sentuhan daripada pelakon utamanya sendiri iaitu Megat Sharizal. Beliau juga menulis skrip bersama Lepat Hafiz. Diterbitkan oleh D’Ayu Pictures.
Waktu Tayangan
Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Mencari Ramlee yang akan mula ditayangkan pada 19 Jun 2025 (Khamis) dan sehingga seterusnya di pawagam berdekatan dan di seluruh Malaysia.