Drama Dia Bukan Syurga Di Astro Ria (Megadrama)

Saksikan drama terbaru Dia Bukan Syurga yang akan ditayangkan mulai 19 Mei 2025, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria atau boleh juga strim di Sooka.

Drama adaptasi novel dengan judul yang sama ‘Dia Bukan Syurga’ karya Rissa Ahdiya ini merupakan arahan Rashid Sibir dan diterbitkan oleh produksi Radius One Sdn. Bhd.

Episod : 32
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria
Tarikh : Mulai 19 Mei 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 pm
Penulis Skrip : Panel Skrip Astro
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Dia Bukan Syurga

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama Dia Bukan Syurga ini seperti Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi, Nazim Othman, Zizi Hazirah, Nasz Sally, Anas Ridzuan, Ahmad Tarmimi Siregar, Dian P. Ramlee dan ramai lagi.

  • Ezzanie Jasny sebagai Nuha
  • Niezam Zaidi sebagai Tajul Idlan
  • Nazim Othman sebagai Arham
  • Zizi Hazirah sebagai Aina
  • Nasz Sally sebagai Effa
  • Anas Ridzuan sebagai Faizal
  • Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Haji Marwan
  • Dian P. Ramlee sebagai Hajah Fatim

Sinopsis Drama Dia Bukan Syurga

Drama Dia Bukan Syurga mengisahkan tentang cinta Nuha terhadap Tajul lahir dari yang keikhlasan, meskipun sikap panas baran dan cemburu buta Tajul sering menyakitkan hatinya.

Demi cinta dan simpati, Nuha terus bertahan walaupun kadang-kala hatinya ragu. Dia berharap perkahwinan akan mengubah segalanya, namun realitinya lebih perit. Nuha hanya mampu memendam rasa, menjaga imej bahagia di mata orang lain walaupun jiwanya terseksa.

Advertisements

Segala usaha dan air mata Nuha tidak mampu menyelamatkan rumah tangga yang akhirnya berakhir akibat satu insiden. Bertahun Nuha menyembuhkan luka hati, sehinggalah muncul semula Arham, lelaki yang pernah dikenalinya dahulu.

Namun trauma lama menjadikan Nuha serik untuk menerima cinta baru. Mampukah Arham memenangi hati Nuha yang masih dibayangi Tajul?

Leave a Comment