Table Of Content
Viu Malaysia kini bawakan satu lagi drama terbaru berjudul Lambaian Huda yang akan mula ditayangkan pada 29 Mei 2025 iaitu pada setiap hari Khamis hingga Sabtu menerusi platform Viu.
Drama 15 episod adaptasi novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Mohd Nazmi Yaakub ini merupakan arahan pengarah hebat Azri Izhar. Ditulis oleh Ayuni Zamani dan diterbitkan oleh produksi Global Station Sdn. Bhd.
Episod : 15
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 29 Mei 2025 (Khamis – Sabtu)
Penulis Skrip : Ayuni Zamani
Pengarah : Azri Izhar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam drama Lambaian Huda seperti Hisyam Hamid, Siti Hariesa, Elvina Chua, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, Fendy Bakar, Yuna Rahim, Arfie Shah, Haidar Hasanudin, Steve Yap dan ramai lagi.
- Hisyam Hamid sebagai Ustaz Fatih
- Siti Hariesa sebagai Suzie
- Elvina Chua sebagai Lisa
- Fauzi Nawawi sebagai Dato Farid
- Watie Sadali sebagai Datin Nur Aini
- Fendy Bakar sebagai Zack
- Yuna Rahim sebagai Raihannah
- Arfie Shah sebagai Bukhari
- Haidar Hasanudin sebagai Rosli
- Steve Yap sebagai Alex

Sinopsis Drama Lambaian Huda
Drama Lambaian Huda mengisahkan tentang Suzie, seorang penyanyi kelab malam yang terjerat dalam hubungan terlarang dengan Dato’ Farid. Hidupnya semakin kusut apabila majikannya Alex terus menekan dan mengongkong kehidupannya. Babak-babak yang menggambarkan dunia malam dan tekanan sosial yang dialami Suzie digarap dengan teliti dan penuh realisme.
Namun, segalanya mula berubah apabila Ustaz Fatih, seorang pendakwah yang tenang dan penuh kasih sayang, menjadi jiran baharunya. Dari sinilah, benih keinsafan mula tumbuh dalam jiwa Suzie. Perjalanan rohani Suzie perlahan-lahan menemukan semula sinar hidayah yang sekian lama padam. Interaksi antara watak Suzie dan Ustaz Fatih menjadi nadi utama drama ini dan menonjolkan bagaimana dakwah yang berhikmah dan penuh empati mampu menyentuh hati yang paling gelap sekalipun.
Menariknya, kisah ini turut memberi ruang kepada Lisa, rakan serumah Suzie yang bukan beragama Islam, yang mula tertarik dengan nilai dan keindahan Islam. Lisa memulakan pencarian spiritualnya sendiri, membuka ruang wacana yang luas mengenai kemanusiaan, hidayah dan rahmat Allah. Watak Lisa adalah representasi suara luar yang ingin memahami Islam secara dalaman dan tanpa prejudis.