Apa Celop Raya DI TV9

Sempena Syawal kali ini, anda bakal disajikan kembali telefilem raya berjudul Apa Celop Raya menerusi slot Skrin Di 9 di saluran TV9 pada 19 April ini.

Sebuah telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2012 dimana menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Azad Jazmin dan ramai lagi.

apa celop raya

Sinopsis Telefilem Apa Celop Raya

Telefilem Apa Celop Raya merupakan kesinambungan daripada drama bersiri ‘Apa Celop’ ketika tahun 2012 yang lalu.

Cerita ini mengisahkan tentang tiga pasangan iaitu Aman dan Julia, Sawi dan Munirah serta Mako dan Sofia yang bakal menyambut Hari Raya sebagai suami isteri untuk tahun pertama.

Malah, isteri mereka juga sarat mengandungkan anak sulung masing-masing.

Advertisements

Disebalik kegembiraan menanti kelahiran cahata mata, mereka berdepan dengan masalah kewangan untuk menyambut ketibaan Hari Raya Puasa yang hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.

Mereka merancang untuk menyambut hari raya di kampung Aman bersama-sama dengan ibu bapa Aman.

Masalah kewangan Sawi dan Aman berpunca daripada kemerosotan bisnes penghantaran makanan pada bulan Ramadan sementara Mako berdepan dengan persaingan bengkel motor baru yang jauh lebih canggih.

Permohonan pinjaman bank untuk membeli kereta pasti ditolak oleh pihak bank.

Dalam kerumitan memikirkan masalah kewangan, Aman, Sawi dan Mako telah bertemu dengan seorang gadis kilang, Izara beberapa hari sebelum Hari Raya.

Izara menjadi mangsa mat rempit. Untuk menyelamatkan Izara, Aman terpaksa berlumba dengan raja rempit baru, Rudy, di Kuala Lumpur. Apakah yang akan berlaku nanti?

Advertisements

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Azad Jazmin, Amanda Misbun, Ika Nabella, Shenthy Feliziana, Puteri Sarah dan ramai lagi.

  • Kamal Adli sebagai Aman
  • Taiyuddin Bakar sebagai Sawi
  • Azad Jazmin sebagai Mako
  • Amanda Misbun sebagai Julia
  • Ika Nabella sebagai Munirah
  • Shenthy Feliziana sebagai Sofia

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2012 ini merupakan arahan Ahmad Idham, nukilan skrip daripada Meor Shariman dan diterbitkan oleh Excelent Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Apa Celop Raya yang akan menemui penonton pada 19 April 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh striming di Tonton.

Dimana Ditayangkan?

Slot Skrin Di 9 di TV9

Waktu Ditayangkan

19 April 2024 (Jumaat), jam 8.30 malam

Leave a Comment